Tahap kebimbangan pelajar wanita bidang kejuruteraan terhadap peluang kerjaya

Kesediaan kerjaya mempunyai kaitan rapat dengan kebimbangan kerjaya kerana dapat mempengaruhi keputusan berkaitan kerjaya masa depan individu dan boleh mewujudkan masalah terutamanya pelajar universiti. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kebimbangan pelajar wanita bidang kejurutera...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ahmad Bakri, Hafizah
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/1906/1/24p%20HAFIZAH%20AHMAD%20BAKRI.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1906/2/HAFIZAH%20AHMAD%20BAKRI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1906/3/HAFIZAH%20AHMAD%20BAKRI%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kesediaan kerjaya mempunyai kaitan rapat dengan kebimbangan kerjaya kerana dapat mempengaruhi keputusan berkaitan kerjaya masa depan individu dan boleh mewujudkan masalah terutamanya pelajar universiti. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kebimbangan pelajar wanita bidang kejuruteraan terhadap peluang kerjaya. Kajian berbentuk tinjauan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen. Responden terdiri daripada 181 orang pelajar wanita Sarjana Muda yang mengikuti bidang kejuruteraan di UTHM. Tiga fakulti yang dipilih ialah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP), Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE), dan Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar (FKAAS). Data kualitatif dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan skor min dan peratus bagi melihat tahap dan punca kebimbangan pelajar wanita bidang kejuruteraan terhadap peluang kerjaya. Analisis secara inferensi menggunakan ujian ANOVA sehala untuk menentukan kewujudan perbezaan tahap kebimbangan pelajar wanita bidang kejuruteraan terhadap peluang kerjaya berdasarkan fakulti. Dapatan kajian menunjukkan tahap kebimbangan pelajar wanita bidang kejuruteraan terhadap peluang kerjaya berada pada tahap sederhana dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kebimbangan pelajar wanita bidang kejuruteraan terhadap peluang kerjaya berdasarkan fakulti. Secara keseluruhannya, kelayakan akademik menjadi punca utama kebimbangan pelajar wanita bidang kejuruteraan terhadap peluang kerjaya