Kajian terhadap ketahanan hentaman ke atas konkrit berbusa yang diperkuat dengan serat kelapa sawit

Konkrit berbusa merupakan sejenis konkrit ringan yang mempunyai kebolehkerjaan yang baik dan tidak memerlukan pengetaran untuk proses pemadatan. Umum mengenali konkrit berbusa sebagai bahan binaan yang mempunyai sifat kekuatan yang rendah dan lemah terutama apabila bahan binaan ini dikenakan t...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hassan, Hashimah Kho
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/1910/1/24p%20HASHIMAH%20KHO%20HASSAN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1910/2/HASHIMAH%20KHO%20HASSAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1910/3/HASHIMAH%20KHO%20HASSAN%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Konkrit berbusa merupakan sejenis konkrit ringan yang mempunyai kebolehkerjaan yang baik dan tidak memerlukan pengetaran untuk proses pemadatan. Umum mengenali konkrit berbusa sebagai bahan binaan yang mempunyai sifat kekuatan yang rendah dan lemah terutama apabila bahan binaan ini dikenakan tenaga hentaman yang tinggi. Namun begitu, konkrit berbusa merupakan bahan yang berpotensi untuk dijadikan sebagai bahan binaan yang berkonsepkan futuristik. Binaan futuristik adalah binaan yang bercirikan ringan, ekonomi, mudah dari segi kerja pembinaan dan yang paling penting adalah mesra alam. Dalam kajian ini, konkrit berbusa ditambah serat buangan pokok kelapa sawit untuk untuk meningkatkan sifat kekuatan atau rapuh. Serat kelapa sawit juga berfungsi mempertingkatkan ketahanan hentaman terutamanya aspek nilai penyerapan tenaga hentaman dan nilai tenaga hentaman. Kandungan peratusan serat kelapa sawit yang digunakan adalah 10%, 20% dan 30% dengan dua ketumpatan konkrit berbusa iaitu 1000kg/m3 dan 1400kg/m3 . Untuk menentukan nilai penyerapan tenaga hentaman dan nilai tenaga hentaman, ujikaji Indentasi dan ujikaji hentaman dilakukan ke atas sampel�sampel yang telah diawet selama 28 hari. Luas bawah graf tegasan-terikan yang diperolehi daripada ujikaji Indentasi merupakan nilai penyerapan tenaga hentaman bagi sampel konkrit berbusa. Untuk ujikaji hentaman, keputusan ujikaji dinilai berdasarkan nilai tenaga hentaman untuk meretakkan sampel yang diperolehi daripada mesin ujikaji dynatup. Secara keseluruhannya, hasil dapatan utama bagi kedua-dua ujikaji menunjukkan sampel yang mengandungi peratusan serat kelapa sawit sebanyak 20% mempunyai nilai penyerapan tenaga hentaman dan nilai tenaga hentaman yang tinggi. Serapan tenaga maksimum adalah sebanyak 4.517MJ/m3 untuk ketumpatan 1400kg/m3 . Ini menunjukkan ketumpatan 1400kg/m3 berupaya menyerap tenaga lebih baik berbanding ketumpatan 1000kg/m3 . Manakala untuk nilai tenaga hentaman maksimum adalah sebanyak 27.229J untuk ketumpatan 1400kg/m3 . Hasil dapatan tersebut menunjukkan ketumpatan 1400kg/m3 dengan peratusan serat sebanyak 20% berupaya mengalas tenaga hentaman yang lebih banyak sebelum sampel retak. Kesimpulannya, peningkatan ketumpatan konkrit berbusa dan pertambahan serat buangan kelapa sawit ke dalam konkrit berbusa dapat meningkatkan ciri ketahanan hentaman konkrit berbusa khususnya aspek nilai penyerapan tenaga hentaman dan nilai tenaga hentaman.