Kecerdasan emosi dalam kalangan guru sekolah menengah teknik Kementerian Pendidikan Malaysia berdasarkan Model Dulewicz dan Higg's

Kajian ini berfokuskan kepada tahap kecerdasan emosi guru Sekolah Menengah Teknik. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kecerdasan emosi guru bagi tujuh elemen utama iaitu kesedaran diri, motivasi, intuisi, ketahanan emosi, pengaruh, sensitiviti interpersonal serta integriti dan...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Ahmad, Haslina
التنسيق: أطروحة
اللغة:English
English
منشور في: 2013
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:http://eprints.uthm.edu.my/1911/1/24p%20HASLINA%20AHMAD.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1911/2/HASLINA%20AHMAD%20WATERMARK.pdf
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Kajian ini berfokuskan kepada tahap kecerdasan emosi guru Sekolah Menengah Teknik. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kecerdasan emosi guru bagi tujuh elemen utama iaitu kesedaran diri, motivasi, intuisi, ketahanan emosi, pengaruh, sensitiviti interpersonal serta integriti dan berhemat. Selain itu, pengkaji membezakan tahap kecerdasan ini dengan demografi responden iaitu jantina, tahap pendidikan, taraf perkahwinan dan bangsa. Rekabentuk kajian ini adalah deskriptif jenis tinjauan. Responden terdiri daripada 107 orang yang mengajar di SMT Melaka, SMT Johor Bahru dan SMT Alor Setar. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen. Hasil dapatan kajian dianalisa dengan dalam bentuk skor min, peratus dan signifikan P. Dapatan menunjukkan tahap kecerdasan emosi guru di tiga buah sekolah ini berada pada tahap yang sederhana dan bagi elemen intuisi dan sensitiviti interpersonal menunjukkan perbezaan diantara guru lelaki dan guru perempuan. Oleh itu, pengkaji dapat merumuskan bahawa guru-guru di tiga sekolah ini perlu diberi perhatian yang serius dalam membangkitkan kecerdasan emosi dalam diri mereka. Hal ini demikian kerana guru yang cemerlang mestilah mempunyai kecerdasan emosi yang baik dan menggunakannya untuk meningkatkan kualiti pengetahuan dan kemahiran bidang pengajarannya