Analisis keperluan pelajar, guru dan kandungan untuk pembangunan e-bahan instruksional mata pelajaran pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik tingkatan empat: satu kajian kes kualitatif

Pembangunan e-bahan instruksional mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dalam pendidikan semakin penting kerana dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keperluan pelajar, guru dan kandungan dalam pembangunan e-b...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Othman, Mazihah
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/1939/1/24p%20MAZIHAH%20OTHMAN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1939/2/MAZIHAH%20OTHMAN%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembangunan e-bahan instruksional mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dalam pendidikan semakin penting kerana dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keperluan pelajar, guru dan kandungan dalam pembangunan e-bahan instrukssional mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Tingkatan 4 (PKEE). Kajian analisis ini telah dijalankan di 2 buah sekolah menengah teknik. Kaedah pengumpulan data adalah berbentuk temu bual berstruktur. Dalam kajian ini, perisian NVivo versi 10.0 membantu penyelidik menganalisis data yang telah dikumpul. Analisis keperluan pelajar, guru dan kandungan dalam pembangunan e-bahan ini adalah penting untuk pelajar dan guru bagi mata pelajaran PKEE untuk membentuk proses pembelajaran di kalangan pelajar dengan lebih mudah, berkesan dan menyeronokkan. Fasa analisis ini adalah terbitan dari model yang dicadangkan iaitu model ADDIE. Namun begitu, kajian ini hanya menekankan kepada fasa analisis sahaja. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar dan guru memerlukan satu pendekatan atau kaedah pengajaran dan pembelajaran bermodul yang berteknologi. Ini adalah kerana demi memantapkan lagi bahan bantu mengajar di samping dapat meningkatkan lagi tahap kemahiran kognitif di kalangan pelajar. Adalah dicadangkan kepada pengkaji akan datang untuk melibatkan lebih banyak sekolah menengah teknik sebagai peserta kajian supaya data yang diambil lebih menggambarkan fenomena sebenar bagi keperluan guru, pelajar dan kandungan terhadap pembangunan koswer bagi mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Tingkatan Empat.