Strategi pembangunan program homestay Kampung Kangkar Merlimau

Kampung Kangkar Merlimau pernah diwartakan sebagai kawasan Pelancongan Agro sebelum ini oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor pada tahun 1993 (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, 2007). Pembangunan pelancongan tersebut telah mendapat kerjasama dari Jabatan Pertanian untuk memb...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Shamsuri, Mohd Mahathir Suhaimi
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/1977/1/24p%20MOHD%20MAHATHIR%20SUHAIMI%20SHAMSURI.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1977/2/MOHD%20MAHATHIR%20SUHAIMI%20SHAMSURI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1977/3/MOHD%20MAHATHIR%20SUHAIMI%20SHAMSURI%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kampung Kangkar Merlimau pernah diwartakan sebagai kawasan Pelancongan Agro sebelum ini oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor pada tahun 1993 (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, 2007). Pembangunan pelancongan tersebut telah mendapat kerjasama dari Jabatan Pertanian untuk membantu komuniti yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan inap desa (homestay). Walau bagaimanapun, pada tahun 2005 Jabatan Pertanian telah menarik diri dari usaha sama tersebut disebabkan pembangunan program homestay yang tidak menggalakkan. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap kemahiran, pengetahuan, dan penglibatan ketua, di samping mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan tahap kemahiran antara komuniti yang menjalani latihan dan tidak menjalani latihan kemahiran, untuk membangunkan program homestay yang lepas di Kampung Kangkar Merlimau. Kaedah persampelan yang digunakan ialah kaedah persampelan bertujuan, iaitu keadaan di mana pengkaji memilih sampel berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang kumpulan yang akan dikaji sahaja. Jadi dalam kajian yang dijalankan, sampel yang diambil berjumlah 81 orang penduduk yang pernah terlibat dalam program homestay sahaja. Hasil kajian didapati skor min untuk tahap kemahiran,pengetahuan, dan penglibatan ketua adalah 2.99, 3.04, dan 2.76, dan ini menunjukkan bahawa ketiga-tiga tahap tersebut adalah sederhana. Melalui kajian ini juga, didapati terdapat perbezaan signifikan tahap kemahiran komuniti yang menjalani latihan dan tidak menjalani latihan kemahiran, kecuali untuk tahap kemahiran komunikasi didapati tiada perbezaan yang signifikan. Oleh itu, kemahiran dan pengetahuan komuniti serta penglibatan ketua dalam menjayakan program homestay di Kampung Kangkar Merlimau ini perlu dipertingkatkan lagi.