Kecerdasan matematik-logik dalam kalangan pelajar sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional UTHM

Kecerdasan matematik-logik sering dikaitkan dengan penguasaan pelajar dalam subjek matematik. Pencapaian pelajar, khususnya pelajar Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam kursus Statistik dalam Penyelidikan sedikit sebanyak mempengaruhi pencapai...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Zain, Noorhafiezah
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/2003/1/24p%20NOORHAFIEZAH%20MOHD%20ZAIN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2003/2/NOORHAFIEZAH%20MOHD%20ZAIN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2003/3/NOORHAFIEZAH%20MOHD%20ZAIN%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kecerdasan matematik-logik sering dikaitkan dengan penguasaan pelajar dalam subjek matematik. Pencapaian pelajar, khususnya pelajar Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam kursus Statistik dalam Penyelidikan sedikit sebanyak mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji pengaruh kecerdasan matematik-logik terhadap pencapaian pelajar dalam kursus Statistik dalam Penyelidikan. Kajian berbentuk tinjauan secara kuantitatif untuk melihat hubungan diantara dua pembolehubah iaitu pembolehubah tidak bersandar (kecerdasan matematik-logik) dan pembolehubah bersandar (penguasaan pelajar dalam kursus Statistik dalam Penyelidikan). Persampelan rawak mudah digunakan dalam kajian ini dengan mengambil sampel seramai 108 orang pelajar Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional sebagai responden kajian. Data diperoleh daripada sampel dengan menggunakan borang soal selidik yang diolah berdasarkan alat pengukuran kecerdasan MIDAS (Multiple Intelligence Development Assessment Scales). Data dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science) versi 16.0 yang melibatkan ujian statistik skor min dan kolerasi pangkat Spearman. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap kecenderungan kecerdasan matematik-logik pelajar berada pada tahap yang tinggi dan mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian pelajar dalam kursus Statistik dalam Penyelidikan. Berdasarkan dapatan kajian boleh disimpulkan bahawa kecerdasan matematik-logik dapat dijadikan kayu ukur dalam memastikan kejayaan pelajar.