Penerapan ciri-ciri guru berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran semasa latihan mengajar dalam kalangan Pelajar Sarjana UTHM

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana penerapan ciri-ciri guru berkesan di kalangan pelajar sarjana Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas semasa menjalani latihan mengajar ser...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Malik, Norfazila
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/2025/1/24p%20NORFAZILA%20ABDUL%20MALIK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2025/2/NORFAZILA%20ABDUL%20MALIK%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2025/3/NORFAZILA%20ABDUL%20MALIK%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana penerapan ciri-ciri guru berkesan di kalangan pelajar sarjana Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas semasa menjalani latihan mengajar serta faktor yang paling dominan. Keduanya, kajian ini adalah untuk melihat tahap persepsi pelajar terhadap ciri-ciri guru berkesan pada guru pelatih dan menentukan sama ada terdapat perbezaan dalam memberi persepsi berdasarkan perbezaan jantina. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif. Kajian ini dijalankan di politeknik premier di Malaysia. Data instrumen yang hendak dikaji diperolehi daripada edaran borang soal selidik. Responden adalah terdiri daripada 182 orang pelajar politeknik dimana terdapat pelajar sarjana FPTV yang sedang menjalani latihan mengajar. Seramai lapan orang pensyarah pelatih telah dipilih secara rawak untuk menjadi sampel penilaian oleh responden. Data yang diperolehi akan di analisis dengan menggunakan pendekatan Rasch dan perisian winsteps 3.69.1.11. Nilai pekali Alpha Cronbach untuk kajian ini adalah 0.98. Dapatan kajian mendapati faktor kebolehan pensyarah kaya ilmu pengetahuan merupakan faktor yang paling dominan dengan nilai min logit -0.13. Dapatan kajian menunjukkan tahap persepi pelajar terhadap ciri-ciri guru berkesan dalam kalangan pensyarah pelatih adalah tinggi. Dari segi memberi persepsi terhadap penyarah pelatih berdasarkan ciri-ciri guru berkesan didapati tidak terdapat perbezaan dalam memberi persepsi walaupun berbeza jantina. Pensyarah pelatih dari UTHM telah menerapkan ciri-ciri guru berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran semasa latihan mengajar kerana berdasarkan dapatan kajian secara keseluruhannya responden menunjukkan tahap persetujuan yang tinggi (skor min 4.25). Ini menunjukkan bahawa pensyarah pelatih telah mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan dari segi pedagogi, psikologi semasa menjalani latihan mengajar.