Kesediaan bakal guru DPLI terhadap kursus elektromekanikal untuk mengajar di sekolah menengah: kajian di UTHM

Perkembangan pendidikan begitu pesat, mencabar dan canggih, memerlukan perhatian serius dalam kalangan guru. Maka tugas sebagai bakal guru di Malaysia kini kian mencabar. Oleh yang demikian kajian ini dijalankan khusus untuk mengenal pasti kesediaan bakal guru DPLI terhadap kursus elektromekani...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nordin, Norhuzayanti
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/2029/1/24p%20NORHUZAYANTI%20NORDIN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2029/2/NORHUZAYANTI%20NORDIN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2029/3/NORHUZAYANTI%20NORDIN%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perkembangan pendidikan begitu pesat, mencabar dan canggih, memerlukan perhatian serius dalam kalangan guru. Maka tugas sebagai bakal guru di Malaysia kini kian mencabar. Oleh yang demikian kajian ini dijalankan khusus untuk mengenal pasti kesediaan bakal guru DPLI terhadap kursus elektromekanikal untuk mengajar kursus kemahiran Teknikal di sekolah menengah. Ini adalah kerana keseluruhan bakal guru DPLI dalam kumpulan ini mempunyai latar belakang pendidikan yang pelbagai iaitu bidang kimia, fizik, dan biologi yang tidak berkaitan dalam bidang teknikal. Kajian ini melibatkan 145 orang yang dipilih secara rawak daripada jumlah populasi seramai 245 orang guru DPLI. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah boring soal selidik. Data dianalisis menggunakan Statistical Package For Social Science (SPSS) dan dipersembahkan dalam kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian mendapati bahawa kebanyakan guru bersedia untuk mengajar subjek elektro mekanikal di sekolah dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap. Hubungan di antara ketiga-tiga aspek kesediaan adalah berkorelasi secara sederhana iaitu p< 0, r=0.943 dan tidak terdapat perbezaan signifikan antara lelaki dan perempuan dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap.