Keserasian personaliti pelajar dengan kerjaya agen pengembangan

Perkhidmatan pengembangan adalah merupakan ‘Core Business’ Jabatan Pertanian yang melibatkan sistem penyampaian perkhidmatan dalam pemindahan teknologi kepada golongan sasaran selaras dengan falsafah pengembangan untuk membawa perubahan dan mencapai suatu tahap yang lebih baik dalam aspek pembang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: A.Manaf, Normala
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/2031/1/24p%20NORMALA%20A.%20MANAF.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2031/2/NORMALA%20A.%20MANAF%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2031/3/NORMALA%20A.%20MANAF%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perkhidmatan pengembangan adalah merupakan ‘Core Business’ Jabatan Pertanian yang melibatkan sistem penyampaian perkhidmatan dalam pemindahan teknologi kepada golongan sasaran selaras dengan falsafah pengembangan untuk membawa perubahan dan mencapai suatu tahap yang lebih baik dalam aspek pembangunan pertanian. Walau bagaimanapun pelaksanaan perkhidmatan pengembangan ini sering dipersoalkan oleh pelbagai pihak di mana terdapat dakwaan menyatakan agen pengembangan tidak kompeten dalam menyampaikan teknologi. Selaras dengan itu, Institut Pertanian dilihat memainkan peranan utama di dalam membekalkan agen pengembangan yang terlatih di dalam bidang pengembangan pertanian dan adakah produk keluaran Institut Pertanian memenuhi ciri-ciri personaliti yang diperlukan sebagai seorang agen pengembangan? Oleh itu, kajian dijalankan bagi melihat personaliti yang paling dominan serta bentuk pemilihan kerjaya pelajar tahun akhir Institut Pertanian dan seterusnya menentukan tahap keserasian pemilihan kerjaya pelajar dengan kerjaya agen pengembangan. Kajian inferensi turut dilaksanakan bagi melihat perbezaan minat kerjaya antara pelajar lelaki dan perempuan. Subjek terdiri daripada 186 orang pelajar Institut Pertanian Ayer Hitam, Johor dan Institut Pertanian Titit Gantung, Perak. Alat kajian Self-Directed Search-Form Easy (SDS-E) terjemahan Amla (1984) digunakan. Keputusan kajian mendapati personaliti paling dominan merupakan personaliti Sosial dan bentuk pemilihan kerjaya pelajar adalah SKE (Sosial, Konvensional, Enterprising) serta. menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di anatara minat kerjaya pelajar lelaki dan perempuan. Hasil kajian turt mendapati tahap keserasian kerjaya pelajar adalah hampir sepadan dengan kerjaya agen pengembangan berdasarkan The Occupational Finder (TOF). Beberapa cadangan telah dikemukakan berdasarkan dapatan kajian dan bagi tujuan kajian lanjutan.