Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi mata pelajaran sains di Sekolah Kebangsaan Daerah Pontian, Johor
Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kajian ini bertujuan untuk...
Saved in:
主要作者: | |
---|---|
格式: | Thesis |
语言: | English English English |
出版: |
2013
|
主题: | |
在线阅读: | http://eprints.uthm.edu.my/2033/1/24p%20NORSYUHADAH%20MASKAN.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2033/2/NORSYUHADAH%20MASKAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2033/3/NORSYUHADAH%20MASKAN%20WATERMARK.pdf |
标签: |
添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
|
总结: | Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) merupakan satu pentaksiran yang bersifat
holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan
psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kajian ini bertujuan untuk mengkaji
pelaksanaan PBS bagi mata pelajaran sains di sekolah kebangsaan daerah Pontian,
Johor. Elemen yang akan dikaji ialah tahap kesediaan guru dan masalah yang
dihadapi dalam pelaksanaan PBS. Jenis persampelan yang digunakan adalah
persampelan rawak mudah dimana sampel kajian adalah seramai 108 orang guruguru
yang
terdiri
daripada
guru
yang
mengajar
pelajar
Tahun
1, Tahun
2
dan
Tahun
3
dari
10 buah sekolah yang telah dipilih. Instrumen kajian yang digunakan adalah
borang soal selidik yang akan diedarkan kepada responden. Data yang telah
dikumpul akan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages For
Social Science (SPSS). Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif (skor
min dan sisihan piawai) dan statistik inferensi (Ujian Mann Whitney U dan Ujian
Kruskal Wallis). Dapatan kajian menunjukkan guru-guru telah bersedia untuk
melaksanakan PBS di mana skor min setiap elemen adalah tinggi iaitu pengetahuan
(3.88), kemahiran (3.65), sikap (3.97) serta peralatan dan kemudahan (3.84).
Manakala skor min bagi masalah yang dihadapi oleh guru sewaktu melaksanakan
PBS pula adalah tinggi iaitu 3.70 yang mana menunjukkan guru-guru berhadapan
dengan masalah yang sama. Ujian hipotesis menunjukkan tidak terdapat perbezaan
yang signifikan antara tahap kesediaan oleh guru mengikut jantina dan umur dalam
pelaksanaan PBS. Kesimpulannya, guru-guru telah bersedia untuk melaksanakan
PBS di sekolah kebangsaan. |
---|