Etika dan moral profesional dalam kalangan Pelajar Sarjana yang telah menjalani program latihan mengajar

Etika dan moral profesional merupakan salah satu elemen yang penting bagi meningkatkan sahsiah untuk kecemerlangan pelajar yang berilmu, berkualiti dan berbudi. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap etika dan moral profesional dalam kalangan pelajar Sarjana yang telah menjalani program...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Mohd Jomuin, Noryati
格式: Thesis
语言:English
English
English
出版: 2013
主题:
在线阅读:http://eprints.uthm.edu.my/2034/1/24p%20NORYATI%20MOHD%20JOMUIN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2034/2/NORYATI%20MOHD%20JOMUIN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2034/3/NORYATI%20MOHD%20JOMUIN%20WATERMARK.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Etika dan moral profesional merupakan salah satu elemen yang penting bagi meningkatkan sahsiah untuk kecemerlangan pelajar yang berilmu, berkualiti dan berbudi. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap etika dan moral profesional dalam kalangan pelajar Sarjana yang telah menjalani program latihan mengajar. Selain itu, kajian ini turut mengenal pasti perbezaan tahap etika dan moral profesional di antara demografi iaitu dari segi jantina dan pencapaian akademik pelajar. Kajian ini berbentuk tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Seramai 144 orang responden terlibat yang terdiri daripada pelajar Semester III program Sarjana PTV, UTHM yang mengikuti program latihan mengajar 2 sesi Julai 2012. Data dianalisis secara statistik deskriptif dan statistik inferensi dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science Version 16 (SPSS ver 16). Penganalisisan data secara statistik desktiptif adalah untuk mendapatkan kekerapan dan peratusan. Manakala bagi pengujian hipotesis pula, ujian Mann-Whitney U dan Ujian Kruskal Wallis digunakan. Hasil kajian menunjukkan tahap etika dan moral profesional dari aspek amalan profesional adalah baik (skor=38.19%), dari aspek menyelesaikan masalah berkaitan etika adalah pada tahap sederhana (skor= 42.36%) dan dari aspek sikap beretika adalah pada tahap lemah (skor=32.64%). Di samping itu, hasil kajian juga menyatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap etika dan moral profesional antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap etika dan moral profesional pelajar yang berlainan pencapaian akademik. Berdasarkan dapatan kajian ini, beberapa cadangan telah dikemukan untuk meningkatkan lagi tahap etika dan moral profesional dalam kalangan guru pelatih.