Perlaksanaan prinsip lean dalam pendidikan
Kajian ini dijalankan untuk meninjau tahap kepuasan pelajar berdasarkan aspek dalam pendidikan Lean di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Menurut pendidikan Lean, terdapat 4 aspek utama iaitu aspek maklumat, aspek aset, aspek proses dan aspek sumber manusia. Data dianalisis menggunakan...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/2043/1/24p%20NUR%20HAFIZAH%20MOHD%20SABRI.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2043/2/NUR%20HAFIZAH%20MOHD%20SABRI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2043/3/NUR%20HAFIZAH%20MOHD%20SABRI%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini dijalankan untuk meninjau tahap kepuasan pelajar berdasarkan aspek dalam
pendidikan Lean di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Menurut pendidikan
Lean, terdapat 4 aspek utama iaitu aspek maklumat, aspek aset, aspek proses dan aspek
sumber manusia. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Dalam
menganalisis data secara deskriptif, skor min dipilih untuk mendapatkan ukuran manakala
bagi inferensi, ujian ANOVA digunakan bagi mencari perbezaan di antara umur dan juga
semester pengajian. Data dikumpulkan menggunakan instrumen soal selidik yang
melibatkan sampel kajian yang terdiri daripada 230 orang pelajar-pelajar Sarjana
Pendidikan Teknik Dan Vokasional di mana populasinya seramai 290 orang. Data mentah
dianalisis menggunakan pakej perisian Statistical Package For Social Science (SPSS).
Hasil dari analisis data menunjukkan tahap kepuasan pelajar terhadap keempat-empat
aspek pendidikan Lean adalah sederhana. Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat
perbezaan tahap kepuasan pelajar mengikut umur dan juga semester pengajian secara
keseluruhannya. Walau bagaimanapun, dapatan menunjukkan terdapat perbezaan dari
aspek aset di antara pelajar semester 2 dengan pelajar semester 3. |
---|