Kecenderungan graduan wanita kejuruteraan terhadap pemilihan profesion kerjaya bukan jurutera

Penglibatan pelajar wanita memilih bidang kejuruteraan semakin meningkat, namun begitu bilangan yang menjadi jurutera profesional masih belum berada di angka yang membanggakan.Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk; a) mengenalpasti faktor luaran yang mempengaruhi graduan wanita kejuruteraan da...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hamdan, Siti Hajar
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/2123/1/24p%20SITI%20HAJAR%20HAMDAN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2123/2/SITI%20HAJAR%20HAMDAN%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penglibatan pelajar wanita memilih bidang kejuruteraan semakin meningkat, namun begitu bilangan yang menjadi jurutera profesional masih belum berada di angka yang membanggakan.Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk; a) mengenalpasti faktor luaran yang mempengaruhi graduan wanita kejuruteraan dalam memilih profession bukan jurutera, b) mengenalpasti faktor dalaman yang mempengaruhi, c) mengenalpasti perbezaan yang signifikan faktor luaran di antara graduan kejuruteraan dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE), Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) dan Fakulti Awam dan Alam Sekitar (FKAAS) di UTHM, d)mengenalpasti perbezaan yang signifikan faktor dalaman di antara graduan kejuruteraan UTHM.Kajian ini berbentuk deskriptif di mana responden terdiri daripada 153 orang graduan kejuruteraan UTHM. Data yang telah diperolehi melalui borang soal selidik dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS 20.0). Kajian rintis telah dijalankan dan nilai Alpha Cronbach yang diperolehi bagi setiap faktor adalah di antara 0.752 hingga 0.902.Hasil analisis mendapati faktor-faktor yang mempengaruhi graduan wanita kejuruteraan berada di tahap sederhana. Hasil kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya di antara graduan dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP), Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik ( FKEE) dan Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar (FKAAS). Oleh yang demikian, berdasarkan hasil dapatan kajian ini pengkaji menyarankan agar graduan wanita perlu meningkatkan motivasi diri dengan membina keyakinan dan kemahiran diri terhadap halatuju kerjaya di masa hadapan dengan jelas.