Beban tugas guru mempengaruhi penggunaan sumber teknologi pendidikan di empat buah Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional di Johor

Kajian ini mengkaji beban tugas guru mempengaruhi penggunaan sumber teknologi pendidikan di empat buah sekolah menengah teknik dan vokasional di Johor. Seterusnya, kajian ini mengenal pasti halangan yang dihadapi oleh guru disamping tahap penggunaan guru kepada sumber teknologi pendidikan dala...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zakariah, Siti Hajar
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/2124/1/24p%20SITI%20HAJAR%20ZAKARIAH.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2124/2/SITI%20HAJAR%20ZAKARIAH%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini mengkaji beban tugas guru mempengaruhi penggunaan sumber teknologi pendidikan di empat buah sekolah menengah teknik dan vokasional di Johor. Seterusnya, kajian ini mengenal pasti halangan yang dihadapi oleh guru disamping tahap penggunaan guru kepada sumber teknologi pendidikan dalam pengajaran serta hubungan antara dua pembolehubah tersebut. Reka bentuk penyelidikan yang digunakan ialah penyelidikan deskriptif yang melibatkan 165 orang guru dari empat buah Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional di Johor Bahru iaitu Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, Sekolah Menengah Teknik (Perdagangan) Johor Bahru, Sekolah Menengah Vokasional Tanjung Puteri, Johor Bahru dan Sekolah Menengah Teknik (ERT) Azizah, Johor Bahru dengan menggunakan instrumen soal selidik. Penyelidik menjangkakan bahawa terdapat hubungan antara beban tugas dengan penggunaan sumber teknologi pendidikan. Penyelidik menggunakan perisian SPSS versi 16.0 untuk mengukur beban tugas guru, halangan penggunaan sumber teknologi pendidikan dan hubungan beban tugas dengan penggunaan sumber teknologi pendidikan. Kajian rintis telah dijalankan di Sekolah Menengah Vokasional Batu Pahat, Johor kepada 30 orang guru dengan nilai kebolehpercayaan soal selidik iaitu α 0.876. Kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara beban tugas dan penggunaan sumber teknologi pendidikan. Kajian lanjutan perlu dilakukan bagi mendapatkan data yang menyeluruh mencadangkan agar pihak berwajib boleh mengambil tindakan Kata kunci: Beban tugas akademik, Beban tugas bukan akademik, Penggunaan sumber teknologi pendidikan