Kesedaran teknologi hijau dalam kalangan warga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Kesedaran terhadap teknologi hijau di Malaysia perlu diterapkan dalam kalangan generasi muda khususnya dalam kalangan warga kampus institusi pendidikan tinggi. Kesedaran terhadap teknologi hijau dalam membantu mengurangkan kesan rantaian pencemaran alam seperti fenomena pemanasan global, kekur...
Saved in:
主要作者: | |
---|---|
格式: | Thesis |
语言: | English English |
出版: |
2013
|
主题: | |
在线阅读: | http://eprints.uthm.edu.my/2131/1/24p%20SITI%20ROHANI%20JOHAR.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2131/2/SITI%20ROHANI%20JOHAR%20WATERMARK.pdf |
标签: |
添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
|
总结: | Kesedaran terhadap teknologi hijau di Malaysia perlu diterapkan dalam kalangan
generasi muda khususnya dalam kalangan warga kampus institusi pendidikan tinggi.
Kesedaran terhadap teknologi hijau dalam membantu mengurangkan kesan rantaian
pencemaran alam seperti fenomena pemanasan global, kekurangan sumber air bersih
dan seumpamanya. Kajian deskriptif kuantitatif berbentuk kajian kes institusi ini
meninjau tahap kesedaran terhadap teknologi hijau dalam kalangan warga Universiti
Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Seramai 385 responden (1.93 peratus) dari
keseluruhan populasi UTHM terlibat dalam kajian ini. Mereka terdiri dari kelompok
pengurusan (67 orang, 17 peratus), tenaga pengajar (40 orang, 11 peratus) dan pelajar
(278 orang, 72 peratus) dari kesemua enam fakulti yang terlibat telah berjaya dikutip
menggunakan soal selidik berskala Likert lima peringkat berhiraki. Tahap kesedaran
diukur menerusi petunjuk tahap pengetahuan dan tahap amalan, ujian hipotesis juga
dilakukan untuk melihat kewujudan perbezaan tahap kesedaran antara tahap
pengetahuan dan tahap amalan ketiga-tiga kelompok responden yang dikaji. Analisis
data pada peringkat deskriptif menggunakan peratus dan min, manakala analisis
inferensi menguji hipotesis menggunakan analisis anova sehala. Dapatan kajian ini
menunjukkan bahawa tahap pengetahuan bagi pihak pengurusan adalah tinggi (min =
3.62), tenaga pengajar adalah sederhana (min = 3.25) dan bagi pelajar adalah
sederhana (min = 3.27). Manakala tahap amalan bagi pihak pengurusan adalah tinggi
(min = 3.94), tenaga pengajar adalah tinggi (min = 3.72) dan bagi pelajar adalah
tinggi (min = 3.78). Manakala ujian hipotesis menggunakan anova sehala pada tahap
signifikan α = 0.05, telah menolak H Null apabila nilai F = 4.894 lebih besar dari
nilai signifikan F = 0.08, menunjukkan bahawa wujud perbezaan signifikan antara
tahap pengetahuan dan tahap amalan ketiga-tiga kelompok responden yang dikaji.
Kajian ini merumuskan bahawa tahap kesedaran dari aspek pengetahuan dan amalan
berada pada tahap sederhana. Justeru, kajian ini menyarankan usaha
mempertingkatkan kesedaran dan penghargaan terhadap teknologi hijau di kampus
UTHM dalam usaha memelihara alam sekitar |
---|