Persediaan pelaksanaan learn and work assignment (LWA) dalam sesi latihan industri untuk pelajar Kejuruteraan Mekanikal di POLIMAS

Learn and Work Assignment (LWA) merupakan salah satu kaedah yang digunakan dalam mendapatkan penganugerahan sijil kemahiran daripada Jabatan Sumber Manusia. Model ini dibangunkan dan sesuai digunakan di industri bagi keperluan mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia yang menjadi sesuatu yang penting...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Wan Zakaria, Wan Abdul Hakim
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/2157/1/24p%20WAN%20ABDUL%20HAKIM%20WAN%20ZAKARIA.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2157/2/WAN%20ABDUL%20HAKIM%20WAN%20ZAKARIA%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2157/3/WAN%20ABDUL%20HAKIM%20WAN%20ZAKARIA%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Learn and Work Assignment (LWA) merupakan salah satu kaedah yang digunakan dalam mendapatkan penganugerahan sijil kemahiran daripada Jabatan Sumber Manusia. Model ini dibangunkan dan sesuai digunakan di industri bagi keperluan mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia yang menjadi sesuatu yang penting dalam kebolehpasaran kerja pada masa kini. Justeru, kajian ini dijalankan untuk menentukan kesesuaian pelaksanaan Learn and Work Assignment (LWA) untuk pelajar-pelajar yang menjalani latihan industri. Melalui kajian ini, lima elemen yang terkandung dalam Learn and Work Assignment (LWA) telah dikaji penerapannya di dua industri yang berbeza iaitu industri Multi-National dan Small Medium Enterprise (SME). Kajian ini berbentuk kuantitatif yang melibatkan pengedaran soal selidik kepada sampel responden yang dipilih. Sampel difokuskan kepada pelajar yang telah menjalani latihan industri di Multi-National dan Small Medium Enterprise (SME). Aras signifikan yang telah ditetapkan adalah pada 0.05 dan data telah dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 16.0 untuk mendapatkan nilai peratusan, skor min dan statistik inferensi. Berdasarkan analisis kajian berpandukan persoalan-persoalan kajian yang telah dibina, keputusan kajian mendapati bahawa elemen Learn and Work Assignment (LWA) adalah lebih diterapkan di industri Multi-National berbanding Small Medium Enterprise (SME). Namun, aras penerapan elemen-elemen tersebut masih berada pada tahap yang sederhana bagi kedua-dua industri. Secara keseluruhan kajian mendapati kedua-dua industri masih belum bersedia dalam pengimplementasian Learn and Work Assignment (LWA) terhadap pelajar-pelajar yang menjalani latihan industri.