Pengintegrasian kemahiran berfikir dan peta minda Buzan bagi penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi

Tahap penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi bagi pelajar tingkatan I di Malaysia adalah berada pada tahap sangat rendah. Manakala, kajian analisis keperluan menunjukkan bahawa pelajar-pelajar sekolah menengah rendah perlu mempelajari kemahiran berfikir dan teknik mengambil nota. Oleh itu, tuj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Tee, Tze Kiong
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/2204/1/24p%20TEE%20TZE%20KIONG.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2204/2/TEE%20TZE%20KIONG%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2204/3/TEE%20TZE%20KIONG%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tahap penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi bagi pelajar tingkatan I di Malaysia adalah berada pada tahap sangat rendah. Manakala, kajian analisis keperluan menunjukkan bahawa pelajar-pelajar sekolah menengah rendah perlu mempelajari kemahiran berfikir dan teknik mengambil nota. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti keberkesanan pengintegrasian kemahiran berfikir dan peta minda Buzan bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan modifikasi reka bentuk Kuasi Eksperimental yang terdiri daripada tiga kumpulan rawatan dan satu kumpulan kawalan yang melibatkan 157 orang pelajar. Ujian kemahiran berfikir aras tinggi iaitu Ujian SEA (Synthesis, Evaluation and Analysis) dimodifikasi dan diagihkan kepada sampel kajian untuk menilai tahap kemahiran berfikir aras tinggi. Rubrik peta minda Buzan dibangunkan untuk menilai tahap penguasaan peta minda Buzan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan min markah ujian pos SEA dan ujian pos pencapaian antara kumpulan rawatan 1 (KR1), kumpulan rawatan 2 (KR2), kumpulan rawatan 3 (KR3) dan kumpulan kawalan (KK) secara keseluruhan. Namun begitu, hanya KR1 dan KR2 sahaja yang mempunyai perbezaan yang signifikan min markah antara ujian pra dan pos SEA secara keseluruhan. Selain itu, hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan min markah antara ujian pra dan pos pencapaian dalam KR1, KR2, KR3 dan KK secara keseluruhan. Keputusan hasil dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif sederhana yang signifikan antara kemahiran berfikir aras tinggi dengan ujian pencapaian, r = .539, p < .05, antara peta minda Buzan dengan kemahiran berfikir aras tinggi, r = .557, p < .05 serta antara peta minda Buzan dengan ujian pencapaian, r = .513, p < .05. Secara keseluruhan, terdapat keberkesanan yang signifikan pendekatan pengintegrasian kemahiran berfikir dan peta minda Buzan menerusi penggunaan modul pembelajaran kendiri bagi mata pelajaran Kemahiran Hidu