Kemahiran menvisualisasi ruang dalam kalangan pelajar pendidikan khas (cacat pendengaran) politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Kemahiran menvisualisasi ruang merupakan kemahiran yang diperlukan bagi menjamin kecemerlangan dalam bidang pendidikan teknikal. Walaupun banyak kajian telah dilakukan terhadap kemahiran ini, namun tiada literatur yang ditemui yang memberikan data empirikal mengenainya yang melibatkan pelajar teknik...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Basarahim, Bazlina
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/2291/1/BAZLINA%20BINTI%20BASARAHTM%20-%20declaration.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2291/2/BAZLINA%20BINTI%20BASARAHTM%20-%2024p.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2291/3/BAZLINA%20BINTI%20BASARAHTM%20-%20fulltext.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kemahiran menvisualisasi ruang merupakan kemahiran yang diperlukan bagi menjamin kecemerlangan dalam bidang pendidikan teknikal. Walaupun banyak kajian telah dilakukan terhadap kemahiran ini, namun tiada literatur yang ditemui yang memberikan data empirikal mengenainya yang melibatkan pelajar teknikal pendidikan khas. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kemahiran menvisualisasi ruang dalam kalangan pelajar teknikal pendidikan khas cacat pendengaran serta hubungan antara kemahiran ini dengan pencapaian akademik pelajar. Seratus tiga puluh lima pelajar teknikal cacat pendengaran dan 135 orang pelajar teknikal normal daripada tiga buah politeknik Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPTM) telah dipilih sebagai sampel kajian. Dua alat mengumpul data telah digunakan iaitu soal-selidik untuk mengumpul data demografi dan Purdue Spatial Visualization Ability Test untuk mengukur kemahiran menvisualisasi ruang. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kemahiran menvisualisasi ruang pelajar teknikal cacat pendengaran adalah pada tahap sangat rendah; lebih rendah daripada pelajar normal teknikal. Dapatan juga menunjukkan tiada terdapat hubungan antara kemahiran menvisualisasi ruang dengan pencapaian akademik pelajar. Kesimpulannya, pelajar teknikal cacat pendengaran mempunyai tahap kemahiran menvisualisasi ruang yang sangat rendah dan kemahiran menvisualisasi ruang tidak mempunyai hubungan dengan pencapaian akademik pelajar.