Pengaruh media sosial terhadap hubungan antara keperibadian jenama dan perilaku Pengundi Pilihan Raya Presiden Indonesia

Perilaku pengundi pelajar menyumbang kepada pilihanraya di Indonesia. Namun begitu, perilaku pengundi boleh terjejas jika tiada penekanan diberikan kepada faktor perilaku. Faktor perilaku yang mempengaruhi perilaku pengundi ialah pilihan rasional. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Lestari, Linayati
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/23/1/24p%20LINAYATI%20LESTARI.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/23/2/LINAYATI%20LESTARI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/23/3/LINAYATI%20LESTARI%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perilaku pengundi pelajar menyumbang kepada pilihanraya di Indonesia. Namun begitu, perilaku pengundi boleh terjejas jika tiada penekanan diberikan kepada faktor perilaku. Faktor perilaku yang mempengaruhi perilaku pengundi ialah pilihan rasional. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengkaji bagaimana faktor ini mempengaruhi perilaku pengundi iaitu pelajar. Kajian ini menguji pengaruh media sosial terhadap keperibadian jenama; pengaruh media sosial terhadap perilaku pengundi; pengaruh keperibadian jenama terhadap perilaku pengundi dan pengaruh keperibadian jenama sebagai mediator terhadap hubungan antara media sosial dengan perilaku pengundi. Teori yang digunakan dalam kajian ini ialah Teori Media Sosial Andreas Kaplan & Michael Haenlein (2010); Teori Keperibadian Jenama Aaker (1997) dan Teori Perilaku Pengundi Anthony Downs (1957). Seramai 322 orang pelajar daripada tiga buah universiti di zon barat Indonesia telah dipilih sebagai responden kajian ini. Alat-alat pengukuran yang digunakan dalam kajian ini adalah MS (Media Sosial), KJJ (Keperibadian Jenama Jokowi) dan PP (Perilaku Pengundi). Data kajian ini telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi merangkumi regresi mudah, regresi berganda dan regresi berhierarki menggunakan perisian ‘Statistical Package for Social Science’ (SPSS) versi 20. Hasil dapatan kajian menunjukkan media sosial Facebook memberikan pengaruh yang signifikan kepada keperibadian jenama manakala dimensi media sosial Twitter tidak memberikan pengaruh yang signifikan. Facebook memberikan pengaruh yang signifikan kepada tiga dimensi keperibadian jenama iaitu keikhlasan, keseronokan dan kecekapan Jokowi, manakala dimensi kecanggihan dan kekasaran tidak memberikan pengaruh yang signifikan. Seterusnya keperibadian jenama dimensi keikhlasan dan kecanggihan memberikan pengaruh yang signifikan terhadap pilihan rasional pelajar, berbanding dengan tiga dimensi keperibadian jenama yang tiada pengaruh signifikan. Dapatan kajian yang terpenting mendapati keperibadian jenama berfungsi sebagai mediator antara media sosial dan perilaku pengundi pilihan raya presiden Indonesia. Hasil dapatan kajian ini dicadangkan supaya tumpuan diberikan kepada kemantapan media sosial dan keperibadian jenama Jokowi dalam kalangan pelajar agar perilaku pengundi pelajar dapat dipertingkatkan. Kajian ini juga diharapkan boleh menjadi rujukan kepada calon-calon pilihan raya dalam usaha menggalakkan peningkatan jumlah pengundi pilihan raya dalam kalangan universiti.