Perlaksanaan program latihan dalam perkhidmatan ke arah pembangunan profesional pensyarah politeknik

Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) merupakan sebuah program pembangunan profesional yang dilaksanakan untuk meningkatkan profesionalisme kakitangan sesebuah organisasi. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perlaksanaan program Latihan Dalam Perkhidmatan ke arah pembangunan profesional pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamd Saleh, Nurul Huda
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2007
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/2335/1/NURUL%20HUDA%20BINTIMOHAMD%20SALEH%20-%20declaration.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2335/2/NURUL%20HUDA%20BINTIMOHAMD%20SALEH%20-%2024p.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2335/3/NURUL%20HUDA%20BINTIMOHAMD%20SALEH%20-%20fulltext.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) merupakan sebuah program pembangunan profesional yang dilaksanakan untuk meningkatkan profesionalisme kakitangan sesebuah organisasi. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perlaksanaan program Latihan Dalam Perkhidmatan ke arah pembangunan profesional pensyarah dari aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai mumi. Kajian ini memfokuskan kepada semua pensyarah politcknik yang berkhidmat di negeri Selangor. Sampel kajian terdiri daripada 188 pensyarah dan dilakukan secara kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik dan temu bual. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 12.0. Statistik deskriptif dan statistik inferensi digunakan untuk mendapatkan keputusan kajian. Dapatan kajian mendapati melalui program LDP, pensyarah dapat membangunkan profesionalisme dari aspek pengetahuan adalah pada tahap kecenderungan min yang sangat tinggi manakala dari aspek kemahiran dan nilai murni adalah pada tahap kecenderungan min yang tinggi. Secara keseluruhan hasil Ujian-T tidak bersandar menunjukkan tiada perbezaan min yang signifikan dari segi peningkatan tahap profesionalisme antara pensyarah teknikal dengan pensyarah bukan teknikal, pensyarah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) dengan pensyarah Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) dan pensyarah lelaki dengan pensyarah perempuan. Maklumat daripada kajian ini diharap dapat memberi manfaat kepada pihak politeknik dan pensyarah dalam usaha mereka membangunkan profesiooalisme keguman.