Tinjauan terhadap perlaksanaan penilaian berterusan dalam meningkatkan prestasi akademik pelajar menurut persepsi pensyarah dan pelajar semester 2, Diploma Kejuruteraan Awam, Politeknik Port Dickson

Dalam pendidikan, penilaian berterusan adalah satu usaha yang telah digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menentukan keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Ia melibatkan proses mengukur dan membuat pertimbangan untuk menentukan tahap kefahaman, kemahiran dan keboleha...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abas, Hafizah Rina
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2002
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/2390/1/HAFIZAH%20RINA%20ABAS%20-%2024p.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2390/2/HAFIZAH%20RINA%20ABAS%20-%20declaration.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2390/3/HAFIZAH%20RINA%20ABAS%20-%20fulltext.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam pendidikan, penilaian berterusan adalah satu usaha yang telah digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menentukan keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Ia melibatkan proses mengukur dan membuat pertimbangan untuk menentukan tahap kefahaman, kemahiran dan kebolehan pelajar berdasarkan pada objektif pembelajaran. Oleh yang demikian, dalam kajian ini, pengkaji ingin meninjau persepsi pensyarah dan pelajar dalam memahami penilaian berterusan dari aspek pengetahuan, perlaksanaan dan kesan-kesannya terhadap pencapaian akademik pelajar. Kajian yang dijalankan ini memfokuskan kepada Politeknik Port Dickson. Ia melibatkan 2 kumpulan sampel iaitu terdiri daripada 14 orang pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam dan 38 orang pelajar Semester 2, Diploma Kejuruteraan Awam, Politeknik Port Dickson. Dalam kajian ini, instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik. Datadata yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Melalui dapatan kajian yang didapati, kebanyakkan pelajar tidak memahami dengan jelas penilaian berterusan yang dilaksanakan dalam pendidikan. Pengkaji mengandaikan bahawa pelajar-pelajar masih belum didedahkan secara meluas mengenai penilaian berterusan. Namun yang demikian, perlaksanaan penilaian berterusan ini dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Oleh yang demikian, diharapkan kajian ini dapat membantu pihak-pihak yang tertentu dalam memahami dan melaksanakan penilaian berterusan ini dengan sistematik.