Penghasilan garis panduan pembinaan item ujian buatan guru
Ujian adalah merupakan suatu alat yang bersistem yang bertujuan untuk melihat tahap pencapaian pembelajaran pelajar serta tahap keefektifan pengajaran guru. Maka, ianya harus dibina mengikut peraturan-peraturan tertentu, manakala prosedur di dalam mentadbirkannya harus ditentukan. Dari pengalaman da...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2002
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/2415/1/MUHAMAD%20FAIRUZZAIRI%20B.%20ABDUL%20HAMID%20-%2024p.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2415/2/MUHAMAD%20FAIRUZZAIRI%20B.%20ABDUL%20HAMID%20-%20declaration.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2415/3/MUHAMAD%20FAIRUZZAIRI%20B.%20ABDUL%20HAMID%20-%20fulltext.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Ujian adalah merupakan suatu alat yang bersistem yang bertujuan untuk melihat tahap pencapaian pembelajaran pelajar serta tahap keefektifan pengajaran guru. Maka, ianya harus dibina mengikut peraturan-peraturan tertentu, manakala prosedur di dalam mentadbirkannya harus ditentukan. Dari pengalaman dan pemerhatian pengkaji, didapati bahawa pembinaan item-item ujian yang bertujuan untuk menilai tahap pencapaian pelajar hanyalah berdasarkan kreativiti pensyarah matapelajaran itu sendiri. Mengikut penyelidikan dan pengamatan pengkaji, belum terdapat satu prosedur atau peraturan yang boleh dijadikan sebagai panduan agar item ujian yang dibina tidak menyimpang jauh dari objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. Sejajar dengan peri pentingnya ujian sebagai instrumen dalam menilai tahap pencapaian pelajar, sebuah manual (buku panduan) yang bertajuk Garis Panduan Pembinaan Item Ujian Buatan Guru telah dihasilkan. Kandungan manual ini meliputi prosedur serta penerangan terhadap langkah-langkah yang perlu diambil perhatian dalam penyediaan item ujian objektif dan ujian esei. Tinjauan terhadap bakal pengguna telah menunjukkan penerimaan yang positif, dimana secara keseluruhannya mereka berpendapat bahawa prosedur yang di pertunjukkan oleh manual ini amat baik dan dicadangkan agar ianya menjadi satu peraturan yang khusus dalam pembinaan ujian. Ini menunjukkan bahawa produk yang dibangunkan adalah bersesuaian untuk digunakan sebagai panduan para pendidik atau pembina ujian (test constructor). Dengan penghasilan panduan dalam merekabentuk struktur ujian atau penilaian ini, adalah dijangkakan ianya akan dapat membantu para pendidik di dalam menyediakan instrumen ujian dengan masa yang lebih singkat serta mempunyai tahap kualiti yang baik serta ujian yang dilakukan mencapai matlamat atau objektif seperti yang telah ditetapkan dan dimasa yang sama mempunyai kesahan serta kebolehpercayaan yang tinggi. |
---|