Kajian rekabentuk dan susun atur perabot dan peralatan makmal perpaipan - satu cadangan

Kajian ini bertujuan untuk merekabentuk ruang dalaman dan susunatur perabot dan peralatan Makmal Perpaipan agar dapat digunakan secara efektif untuk menampung pelbagai aktiviti pelajar serta memenuhi keperluan keija dan flzikal mereka. Aspek-aspek yang diambilkira dalam kajian ini adalah keluasan ru...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mat Hashim, Noriza
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2004
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/2421/1/NORIZA%20BINTI%20MAT%20HASHIM%20-%2024p.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2421/2/NORIZA%20BINTI%20MAT%20HASHIM%20-%20declaration.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2421/3/NORIZA%20BINTI%20MAT%20HASHIM%20-%20fulltext.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk merekabentuk ruang dalaman dan susunatur perabot dan peralatan Makmal Perpaipan agar dapat digunakan secara efektif untuk menampung pelbagai aktiviti pelajar serta memenuhi keperluan keija dan flzikal mereka. Aspek-aspek yang diambilkira dalam kajian ini adalah keluasan ruang, kapasiti pelajar, jumlah perabot dan kelengkapan makmal serta aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan di makmal tersebut. Garispanduan dan Peraturan bagi Perancangan Bangunan oleh Jawatankuasa Kecil Piawaian dan Kos bagi JPPN, Jabatan Perdana Menteri digunakan untuk mengenalpasti masalah dan panduan dalam proses merekabentuk makmal perpaipan. Pemerhatian juga telah dibuat terhadap tiga (3) buah Makmal Perpaipan iaitu di Makmal Teknologi Perpaipan , KUiTTHO, Makmal Perpaipan Akademi Binaan Malaysia, Johor Bahru dan Makmal Perpaipan Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Jitra. Seterusnya, penilaian rekabentuk dengan menggunakan borang soalselidik dilakukan terhadap sampel terpilih iaitu 5 orang responden yang mahir dalam bidang rekabentuk dan susunatur perabot dan peralatan makmal. Hasil dapatan dianalisis menggunakan kaedah peratusan, skor min dan sisihan piawai. Daripada hasil kajian dan perbincangan, dapatan yang diperolehi menunjukkan bahawa majoriti responden bersetuju bahawa rekabentuk ruang dan susunatur perabot dan peralatan makmal tersebut telah disediakan dengan baik bagi memboleh aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan berkesan, fleksibel dan selesa. Diharapkan hasil kajian ini dapat diguna pakai dalam ruang makmal perpaipan pada masa akan datang.