Perkaitan di antara status sosioekonomi keluarga dengan Pencapaian akademik pelajar aliran teknikal

Selain daripada mengendalikan fungsi pendidikan, sekolah juga diberikan peranan bagi menyediakan tenaga mahir untuk memenuhi keperluan ekonomi negara. Sekolah aliran teknikal dilihat sebagai satu institusi khusus yang memainkan peranan tersebut. Namun begitu, terdapat pelbagai faktor yang boleh memp...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Awang, Roslan
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2001
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/2429/1/ROSLAN%20AWANG%20-%2024p.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2429/2/ROSLAN%20AWANG%20-%20declaration.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2429/3/ROSLAN%20AWANG%20-%20fulltext.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Selain daripada mengendalikan fungsi pendidikan, sekolah juga diberikan peranan bagi menyediakan tenaga mahir untuk memenuhi keperluan ekonomi negara. Sekolah aliran teknikal dilihat sebagai satu institusi khusus yang memainkan peranan tersebut. Namun begitu, terdapat pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi pencapaian pelajar aliran teknikal ini. Tahap sosioekonomi keluarga telah dikenalpasti antara faktor yang boleh mempengaruhi pencapaian pelajar. Kajian ini dilakukan untuk mendapatkan perkaitan di antara tahap sosioekonomi keluarga seperti tahap pendidikan bapa, jumlah pendapatan dan saiz keluarga terhadap pencapaian akademik pelajar. Sampel kajian ini ialah pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 yang menetap di asrama Sekolah Menengah Teknik Kuala Terengganu. Pelajar ini dipilih kerana mereka mendapat kemudahan dan persekitaran pembelajaran yang sama. Seramai 80 orang pelajar dalam jurusan teknikal dipilih secara rawak mudah. Keputusan kajian mendapati bahawa hanya saiz keluarga mempunyai korelasi yang tinggi berbanding tahap pencapaian akademik bapa dan jumlah pendapatan keluarga. Ini menunjukkan bahawa faktor saiz keluarga memberikan impak secara langsung kepada pencapaian pelajar walaupun mereka menetap di asrama yang menyediakan suasana dan kemudahan yang sama.