Pembinaan dan penilaian program rekabentuk rasuk keluli (PRRK) sebagai alat kognitif dalam pembelajaran rekabentuk struktur di kalangan pelajar diploma kejuruteraan awam KUiTTHO

Kajian awal yang telah dijalankan mendapati pelajar Kejuruteraan Awam KUiTTHO menghadapi masalah kognitif dalam pembelajaran mata pelajaran Rekabentuk Struktur khasnya dalam pemahaman konsep dan prosedur reka bentuk. Langkah pengiraan yang terlalu banyak selalunya mengelirukan pelajar sehinggakan me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Antonisamy, Dorries
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2002
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/2660/1/DORRIES%20ANTONISAMY%20-%2024p.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2660/2/DORRIES%20ANTONISAMY%20-%20declaration.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2660/3/DORRIES%20ANTONISAMY%20-%20fulltext.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian awal yang telah dijalankan mendapati pelajar Kejuruteraan Awam KUiTTHO menghadapi masalah kognitif dalam pembelajaran mata pelajaran Rekabentuk Struktur khasnya dalam pemahaman konsep dan prosedur reka bentuk. Langkah pengiraan yang terlalu banyak selalunya mengelirukan pelajar sehinggakan mereka hilang minat dan tumpuan. Bagi membantu mereka, satu program telah disediakan dengan menggunakan perisian Microsoft Excel bagi tujuan menganalisis dan mereka bentuk rasuk keluli bagi meningkatkan tahap kemahiran kognitif terhadap matapelajaran tersebut. Program Rekabentuk Rasuk Keluli (PRRK) ini disediakan berdasarkan kaedah reka bentuk yang diamalkan oleh British Standard Institution, Structural Use of Steel Work In Building. Seramai dua puluh satu orang pelajar semester akhir Diploma Kejuruteraan A warn yang mengambil mata pelajaran Rekabentuk Struktur telah diminta menilai program ini. Penilaian telah dijalankan terhadap isi, sifat mesra pengguna dan kebolehlaksanaan program menggunakan kaedah skor min. Selain itu perkaitan antara pengalaman pelajar menggunakan komputer sebagai sumber pembelajaran dengan penilaian PRRK juga telah dilihat. Keputusan skor min menunjukkan isi PRKK adalah baik, bersifat mesra pengguna dan mempunyai sifat kebolehlaksanaan. Ujian korelasi Spearman pula menunjukkan bahawa tidak terdapat sebarang perkaitan yang signifikan di antara pengalaman pelajar menggunakan komputer sebagai sumber pembelajaran dengan penilaian PRRK.