Penghasilan modul pengajaran kendiri prosedur penubuhan syarikat awam berhad bagi mata pelajaran keushawanan untuk pelajar di Politeknik
Para pendidik sedar akan kewujudan perbezaan individu dikalangan para pelajar. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebenar, kita dapati bahawa pelajar biasanya terikat pada turutan pengajaran dan bahan-bahan pembelajaran yang sama. Salah satu cara digunakan untuk menangani masalah ini ialah...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2003
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/2685/1/WAN%20AJRUL%20ASWARD%20BIN%20WAN%20HASHIM%20-%20declaration.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2685/2/WAN%20AJRUL%20ASWARD%20BIN%20WAN%20HASHIM%20-%2024p.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2685/3/WAN%20AJRUL%20ASWARD%20BIN%20WAN%20HASHIM%20-%20fulltext.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Para pendidik sedar akan kewujudan perbezaan individu dikalangan para pelajar.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebenar, kita dapati bahawa pelajar biasanya
terikat pada turutan pengajaran dan bahan-bahan pembelajaran yang sama. Salah satu
cara digunakan untuk menangani masalah ini ialah mengindividukan pengajaran dengan
menggunakan modul pengajaran kendiri (MPK). Kajian ini memperkenalkan
penggunaan MPK sebagai alat bahan bantu mengajar yang berkesan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Keusahawanan iaitu topik prosedur
penubuhan Syarikat Awam Berhad. Responden terdiri daripada 36 orang pelajar
semester enam, Diploma Akauntansi di POLIMAS. Objektif kajian adalah menghasilkan
MPK yang dapat meningkatkan pemahaman pelajar serta mengenalpasti
kebolehlaksanaannya daripada aspek pemahaman, isi kandungan, sifat mesra pengguna
dan aktiviti pembelajarannya. Selain itu, mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan
pencapaian pelajar sebelum dan selepas menggunakan MPK tersebut. Satu kajian
eksperimental telah dijalankan. Set soalan pra-ujian, pos-ujian dan set soal selidik
merupakan instrumen yang telah digunakan di dalam kajian ini. Hasil dapatan kajian
menunjukkan respon responden adalah positif atau setuju terhadap kebolehlaksanaan
MPK tersebut. Prestasi pencapaian pelajar telah meningkatkan selepas menggunakan
MPK tersebut. Ini terbukti, apabila pos-ujian dijalankan menunjukkan peningkatan
berbanding pra-ujian. Analisis Ujian T juga mendapati wujud perbezaan yang signifikan
antara min markah pra-ujian dengan pos-ujian. Ini membuktikan bahawa MPK yang
dihasilkan adalah sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran masa
kini. |
---|