Pembangunan model penentuan keperluan perumahan kajian kes: Johor Bahru, Malaysia

Perumahan merupakan satu komponen penting dalam pembangunan ekonomi di mana ia telah menjadi dasar kerajaan untuk menyediakan rumah bagi setiap rakyat. Rancangan Malaysia terdahulu telah cuba merancang bagi merealisasikan dasar ini. Walaupun anggaran keperluan perumahan dibuat di bawah Rancanga...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zulkepli, Masitah
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/2686/1/24p%20MASITAH%20ZULKEPLI.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2686/2/MASITAH%20ZULKEPLI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2686/3/MASITAH%20ZULKEPLI%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perumahan merupakan satu komponen penting dalam pembangunan ekonomi di mana ia telah menjadi dasar kerajaan untuk menyediakan rumah bagi setiap rakyat. Rancangan Malaysia terdahulu telah cuba merancang bagi merealisasikan dasar ini. Walaupun anggaran keperluan perumahan dibuat di bawah Rancangan Malaysia, namun anggaran tersebut tidak membayangkan keperluan sebenar pembeli dan penyewa rumah di Malaysia. Negara-negara maju telah menggunakan pelbagai model dalam menentukan keperluan perumahan. Namun begitu, model-model tersebut tidak sesuai digunakan di Malaysia kerana data yang terhad. Kajian ini memfokuskan kepada dua objektif iaitu, mengenal pasti model dan faktor yang signifikan bagi menentukan keperluan perumahan, dan kedua menghasilkan model penentuan keperluan perumahan di Malaysia. Skop kajian ini tertumpu kepada pembeli dan penyewa rumah di Daerah Johor Bahru yang dipilih melalui kaedah pesampelan kelompok pelbagai peringkat. Data diperolehi melalui borang kaji selidik dan dianalisis menggunakan pendekatan kuantitatif. Analisis statistik deskriptif digunakan bagi menghuraikan taburan kekerapan, peratus, min, dan sisihan piawai manakala statistik inferensi iaitu ujian Korelasi Pearson dan Regresi Pelbagai digunakan untuk pembentukan model. Dengan menggunakan kaedah Enter, satu model yang signifikan dapat dihasilkan (F4,178 = 353.699 p < 0.05. Adjusted R square = .886) yang signifikan terhadap dua faktor utama iaitu demografi dan kemampuan. Model yang dihasilkan bagi kajian ini adalah General Linear Model. Model ini dapat digunakan bagi menentukan keperluan perumahan di Johor Bahru. Ia juga berfungsi sebagai alat penting dalam perancangan sektor perumahan pada masa hadapan di Malaysia.