Kesediaan pelajar terhadap kit 'Smart CCTV' bagi pelajar teknologi elektronik di Kolej Vokasional

Penggunaan alat bahan bantu mengajar (ABBM) dalam pengajaran perlu dipelbagaikan bagi memudahkan dan membantu pelajar dari segi kefahaman yang mendalam dalam subjek yang dipelajarinya.Kajian ini ingin membangunkan satu produk Kit ‘Smart CCTV’ sebagai ABBM dan mengkaji persepsi pelajar mengenai kefah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Khalid, Noor Nadhirah
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/269/1/24p%20NOOR%20NADHIRAH%20BINTI%20KHALID.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/269/2/NOOR%20NADHIRAH%20BINTI%20KHALID%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penggunaan alat bahan bantu mengajar (ABBM) dalam pengajaran perlu dipelbagaikan bagi memudahkan dan membantu pelajar dari segi kefahaman yang mendalam dalam subjek yang dipelajarinya.Kajian ini ingin membangunkan satu produk Kit ‘Smart CCTV’ sebagai ABBM dan mengkaji persepsi pelajar mengenai kefahaman kepada pelajar terhadap topik Pemasangan Perkakasan Elektronik sistem litar tertutup televisyen (CCTV) dari segi domain kognitif, afektif dan psikomotor bagi pelajar aliran Teknologi Elektronik di kolej vokasional. Reka bentuk kajian ada dua bahagian iaitu reka bentuk pembangunan produk yang menggunakan model ‘Rapid Prototype’dan kajian deskriptif kaedah tinjauan untuk kajian keseluruhan. Analisis kajian ini menggunakan kaedah deskriptif kekerapan, peratusan, skor min dan sisihan piawai yang menggunakan perisian Microsoft Office Excel 2016. Reka bentuk pembangunan produk kit ‘Smart CCTV’ amat sesuai sebagai ABBM. Dapatan analisis bagi persepsi pelajar terhadap penggunaan ABBM keseluruhannya skor min ketiga-tiga domain; kognitif, psikomotor dan afektif, masing-masing mempunyai skor min 3.25, 3.21 dan 3.30, maka ketiga-tiga domain memberikan kesan yang sama terhadap pelajar berkenaan dengan penggunaan ABBM kit ‘Smart CCTV’. Hasil kajian ini diharapakan dapat dijadikan sebagai satu garis panduan kepada guru di kolej vokasional untuk menggunakan ABBM dalam PdP serta panduan kepada pengkaji lain untuk meneruskan kajian berkenaan dengan penggunaan ABBM terhadap pencapaian pelajar.