Reka bentuk pembelajaran atas talian bagi program kejuruteraan mekanikal Kolej Vokasional

Reka bentuk pembelajaran atas talian merupakan suatu proses yang menyokong kepada konsep pembelajaran bestari di sekolah. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti reka bentuk pembelajaran atas talian bagi program Kejuruteraan Mekanikal Kolej Vokasional. Terdapat dua aspek yang ditekankan dalam kajia...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ghani, Noraiysah
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/270/1/24p%20NORAIYSAH%20BINTI%20GHANI.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/270/2/NORAIYSAH%20BINTI%20GHANI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/270/3/NORAIYSAH%20BINTI%20GHANI%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Reka bentuk pembelajaran atas talian merupakan suatu proses yang menyokong kepada konsep pembelajaran bestari di sekolah. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti reka bentuk pembelajaran atas talian bagi program Kejuruteraan Mekanikal Kolej Vokasional. Terdapat dua aspek yang ditekankan dalam kajian ini iaitu domain pembelajaran yang terdiri daripada kognatif, afektif dan psikomotor dengan elemen reka bentuk seperti teks, video, audio, grafik, animasi, antaramuka dan warna. Reka bentuk kajian yang dijalankan adalah secara tinjauan dengan menggunakan kaedah kuantitatif melalui instrumen soal selidik yang diadaptasi daripada kajian lepas bagi mendapatkan maklumat. Seramai 169 orang pensyarah dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal di Kolej Vokasional Negeri Johor yang terlibat dalam kajian ini. Kajian ini mengandungi dua fasa iaitu fasa pertama merupakan proses pencarian maklumat berkaitan kajian manakala fasa kedua merupakan proses bagi menganalisis dapatan kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang kuat dan signifikan di antara domain pembelajaran dengan elemen reka bentuk. Kesimpulanya, kajian ini diharapkan berguna bagi membantu pensyarah dalam membangunkan platform pengajaran dan pembelajaran atas talian yang interaktif untuk pelajar Kolej Vokasional.