Model kognitif visual pelajar teknikal melalui perisian animasi grafik
Kajian ini beijudul Model Kognitif Visual Pelajar Teknikal Melalui Perisian Animasi Grafik. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keupayaan visual dan gaya kognitif pelajar kejuruteraan terhadap prestasi pencapaian pembelajaran dalam mata pelajaran Teknologi Elektrik 1 khusus dalam topik Penjanaan mel...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2008
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/2727/1/MOHD%20FAZLI%20KHAISUNIZAM%20ISMAIL%20-%2024p.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2727/2/MOHD%20FAZLI%20KHAISUNIZAM%20ISMAIL%20-%20declaration.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2727/3/MOHD%20FAZLI%20KHAISUNIZAM%20ISMAIL%20-%20fulltext.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini beijudul Model Kognitif Visual Pelajar Teknikal Melalui Perisian Animasi Grafik. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keupayaan visual dan gaya kognitif pelajar kejuruteraan terhadap prestasi pencapaian pembelajaran dalam mata pelajaran Teknologi Elektrik 1 khusus dalam topik Penjanaan melalui koswer animasi grafik. Reka bentuk kajian adalah berdasarkan kuasi eksperimental melibatkan reka bentuk ujian pra-pasca. Kajian ini memfokuskan kepada mengenal pasti perbezaan dan kesan antara prestasi pencapaian pembelajaran kumpulan pelajar yang mengikuti pembelajaran secara konvensional (kumpulan kawalan) dengan pelajar yang menggunakan perisian multimedia animasi grafik (kumpulan rawatan) berdasarkan tahap Kognitif Visual dari aspek Persepsi Visual, Memori Visual dan Visualisasi. Seramai 63 orang responden terlibat dalam kajian ini terdiri daripada pelajar yang mengikuti kursus Diploma Kejuruteraan Elektrik di Politeknik Merlimau, Melaka. Untuk mendapatkan data instrumen yang terlibat adalah set soalan ujian persepsi, ujian memori, ujian SVAT, ujian pra dan ujian pasca, borang soal selidik dan soalan temu bual. Ujian deskriptif melalui taburan frekuensi menunjukkan data kajian bertaburan secara normal maka ujian parametrik dilakukan. Analisis data menghitung min dan sisihan piawai sebagai asas pengiraan manakala inferensi hipotesis menggunakan prosedur Ujian-t dan Ujian Regresi Pelbagai. Dapatan kajian menunjukkan Hipotesis null yang ditetapkan pada aras signifikan 0.05 ditolak. Maka kajian ini dirumuskan wujud perbezaan yang signifikan secara statistik prestasi pencapaian pembelajaran berdasarkan tahap Kognitif Visual dari aspek Persepsi Visual, Memori Visual dan Visualisasi. Selain itu,wujud kesan yang signifikan pada tahap yang sederhana secara statistik dalam pendekatan ujian pencapaian dengan gabungan pelajar Persepsi Visual, Memori Visual dan Visualisasi (r = .686, p < 0.05). |
---|