Perlaksanaan mata pelajaran pendidikan teknik dan vokasional di peringkat sekolah menengah kebangsaan: satu tinjauan di daerah Batu Pahat

Kajian kes ini merupakan satu tinjauan terhadap perlaksanaan mata pelajaran pendidikan teknik dan vokasional di sekolah-sekolah menengah kebangsaan sekitar daerah Batu Pahat. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesediaan fizikal sekolah, kelayakan guru dan pencapaian pelajar di sekolah-se...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Kandari, Mohd. Azamri
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2001
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/2735/1/MOHD.%20AZAMRI%20KANDARI%20-%2024p.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2735/2/MOHD.%20AZAMRI%20KANDARI%20-%20declaration.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2735/3/MOHD.%20AZAMRI%20KANDARI%20-%20fulltext.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian kes ini merupakan satu tinjauan terhadap perlaksanaan mata pelajaran pendidikan teknik dan vokasional di sekolah-sekolah menengah kebangsaan sekitar daerah Batu Pahat. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesediaan fizikal sekolah, kelayakan guru dan pencapaian pelajar di sekolah-sekolah yang menawarkan mata pelajaran berkaitan. Metodologi kajian adalah berasaskan kajian tinjauan dengan menggunakan 2 instrumen, iaitu soal selidik dan temubual. Maklumat yang diperolehi dari tinjauan awal permasalahan kajian ini menunjukkan penawaran mata pelajaran pendidikan teknik dan vokasional hanya melibatkan mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan sahaja. Terdapat 4 buah sekolah menengah kebangsaan di daerah ini yang melaksanakan mata pelajaran tersebut bagi pelajar tingkatan 4 dan 5. Sampel kajian terdiri daripada 5 orang guru mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan yang ditempatkan di sekolah-sekolah berkenaan. Dapatan utama kajian menunjukkan 60% responden mempunyai pengalaman mengajar 3 hingga 4 tahun di dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Kelulusan akademik tertinggi responden adalah di peringkat Ijazah Pertama iaitu 90% dengan 60% mempunyai latar belakang pendidikan di dalam bidang kejuruteraan. Dari segi kemudahan fizikal, kajian mendapati keseluruhan sekolah yang terlibat menyediakan 2 bilik iaitu bilik lukisan dan makmal komputer. Kebanyakan bangunan adalah bilik daijah yang diubahsuai 75% dan bangunan tambahan 25%. Secara keseluruhannya, prestasi pencapaian keseluruhan pelajar adalah pada tahap sederhana iaitu 80%, manakala 20% lagi memperolehi pencapaian pada tahap lemah. Terdapat beberapa cadangan dikemukakan untuk memperbaiki sistem yang sedia ada.