Kesan penggunaan peta konsep ke atas pencapaian mata pelajaran rekabentuk sistem dalam kalangan pelajar program ijazah sarjana muda teknologi maklumat dan multimedia

Peta konsep adalah satu kaedah persembahan yang menerangkan sesuatu konsep dalam bentuk grafik. Penggunaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu untuk meningkatkan pencapaian pelajar dan mengurangkan pemasalahan di dalam pembelajaran. Kajian ini telah dijalankan untuk mengkaji keberkesan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zainal Abidin, Norazlin
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/2762/1/NORAZLIN%20ZAINAL%20ABIDIN%20-%2024p.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2762/2/NORAZLIN%20ZAINAL%20ABIDIN%20-%20declaration.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2762/3/NORAZLIN%20ZAINAL%20ABIDIN%20-%20fulltext.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Peta konsep adalah satu kaedah persembahan yang menerangkan sesuatu konsep dalam bentuk grafik. Penggunaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu untuk meningkatkan pencapaian pelajar dan mengurangkan pemasalahan di dalam pembelajaran. Kajian ini telah dijalankan untuk mengkaji keberkesanan peta konsep dalam proses pengajaran dan pembelajaran Rekabentuk Sistem bagi pelajar tahun dua semester satu Program Ijazah Saijana Muda Teknologi Maklumat Dan Multimedia. Kajian Kuasi-Eksperimental Bentuk Siri Masa Gangguan Sementara yang dijalankan menggunakan ujian pra dan pos ke atas sampel seramai 25 orang pelajar bagi kumpulan eksperimen dan 25 orang pelajar bagi kumpulan kawalan melalui kawalan secara memadan. Kumpulan eksperimen telah diajar dengan bantuan peta konsep manakala kumpulan kawalan diajar secara konvensional. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik dan set soalan kuiz. Data dianalisis dengan menggunakan SPSS 16.0 bagi data deskriptif iaitu frekuensi, skor min dan sisihan piawai serta data inferensi melalui Ujian ANOVA sehala. Hasil kajian mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik Ujian Pra diantara kedua-dua kumpulan (p>0.05) dengan skor min kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan adalah 3.280, manakala terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik Ujian Pos diantara kedua-dua kumpulan (p<0.05) dengan skor min tertinggi kumpulan eksperimen adalah 5.760 berbanding kumpulan kawalan iaitu 4.280. Hasil dari kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan peta konsep telah meningkatkan keberkesanan pembelajaran Analisis Dan Rekabentuk Sistem. Pelajar juga dapat menerima penggunaan peta konsep dalam proses pengajaran dan pembelajaran.