Keberkesanan program latihan industri di kalangan pelajar jurusan Diploma Akauntasi di Politeknik-politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan program latihan industri politeknik di bidang perakaunan. Selain itu, tahap kesesuaian, kesediaan pelajar dan keberkesanan program latihan industri juga telah ditinjau. Kajian ini dijalankan pada September 2002 dan melibatkan seramai 60 orang pelajar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Aziz, Azrul Nizam
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2002
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/2932/1/AZRUL%20NIZAM%20ABDUL%20AZIZ%20-%2024p.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2932/2/AZRUL%20NIZAM%20ABDUL%20AZIZ%20-%20declaration.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2932/3/AZRUL%20NIZAM%20ABDUL%20AZIZ%20-%20fulltext.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan program latihan industri politeknik di bidang perakaunan. Selain itu, tahap kesesuaian, kesediaan pelajar dan keberkesanan program latihan industri juga telah ditinjau. Kajian ini dijalankan pada September 2002 dan melibatkan seramai 60 orang pelajar Diploma Akauntasi semester 5 dan 6 iaitu masing-masing 20 orang pelajar daripada Politeknik Seberang Perai (PSP), Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS) dan Politeknik Ungku Omar (PUO). Responden telah menjalani program latihan industri semasa berada di semester keempat. Seorang pegawai Unit Perhubungan dan Latihan Industri Politeknik Johor Bahru dan seorang pensyarah daripada Politeknik Seberang Perai telah ditemubual. Instrumen kajian ini melibatkan soal selidik dan juga temubual. Statistik deskriptif dan inferensi telah digunakan untuk menganalisa maklumat tersebut. Hasil dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa kesesuaian pelajar adalah pada tahap yang memuaskan. Kajian ini juga menunjukkan kesediaan pelajar berada pada tahap memuaskan. Keberkesanan program latihan industri pula berada pada tahap amat memuaskan. Dapatan juga menunjukkan bahawa responden daripada PSP, POLIMAS dan PUO mempunyai kepuasan pada tahap sederhana terhadap kesesuaian dan kesediaan pelajar manakala bagi keberkesanan program latihan industri, responden daripada PSP dan POLIMAS menunjukkan kepuasan yang tinggi manakala responden daripada PUO menunjukkan kepuasan yang sederhana. Selain itu, bukti-bukti menunjukkan faktor kesesuaian adalah penentu yang paling signifikan terhadap keberkesanan program latihan industri berbanding faktor kesediaan pelajar. Dapatan kajian yang terakhir telah menunjukkan bahawa faktor kesesuaian dan kesediaan pelajar menyumbang kepada 18% varians dalam keberkesanan program latihan industri. Di akhir kajian ini, satu instrumen pra-penilaian program latihan industri dalam bentuk senarai semak telah dibangunkan berdasarkan input dapatan kajian untuk kegunaan pelajar-pelajar politeknik.