Pembangunan modul pembelajaran lukisan kejuruteraan bagi pelajar KUiTHHO

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah modul pembelajaran Lukisan Kejuruteraan. Objektif pembangunan modul ialah isi kandungan modul mestilah memenuhi kurikulum subjek Lukisan Kejuruteraan, mempunyai tahap kebolehlaksanaan yang tinggi serta bersifat mesra pengguna. Skop kajian menjurus kepad...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhamad Yusoff, Hasyimunfazlie
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/2950/1/HASYIMUNFAZLIE%20MUHAMAD%20YUSOFF%20-%2024p.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2950/2/HASYIMUNFAZLIE%20MUHAMAD%20YUSOFF%20-%20declaration.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2950/3/HASYIMUNFAZLIE%20MUHAMAD%20YUSOFF%20-%20fulltext.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah modul pembelajaran Lukisan Kejuruteraan. Objektif pembangunan modul ialah isi kandungan modul mestilah memenuhi kurikulum subjek Lukisan Kejuruteraan, mempunyai tahap kebolehlaksanaan yang tinggi serta bersifat mesra pengguna. Skop kajian menjurus kepada pelajar Ijazah Saijana Muda PTV di KUiTTHO. Rekabentuk kajian ialah berbentuk deskriptif. Manakala jenis kajian ialah kuantitatif iaitu kajian yang melibatkan pengumpulan data. Instrumen kajian ialah borang soal selidik yang mempunyai beberapa bahagian yang boleh menjawab persoalan kajian. Kaedah analisis yang digunakan ialah Alpha Cronbach untuk mencari nilai kebolehpercayaan instrumen kajian. Nilai kebolehpercayaan daripada kajian rintis ialah 0.8039. Analisis dijalankan menggunakan perisian SPSS. Data dianalisis secara kuantitatif bagi mendapatkan nilai skor min, frekuensi dan peratusan. Sampel kajian seramai 23 orang telah dipilih ketika Post Test dijalankan. Hasil daripada analisis data menunjukkan nilai skor min bagi bahagian isi kandungan ialah 4.08. Manakala dari aspek tahap kebolehlaksanaan pula, nilai skor min ialah 4.18. Nilai skor min bagi aspek mesra pengguna ialah 4.17. Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa modul pembelajaran yang dibangunkan ini mememenuhi objektif penghasilan modul berdasarkan hasil analisis yang telah dilakukan. Pengkaji mencadangkan modul ini dimumikan lagi ke dalam bentuk CD serta pertambahan isi kandungan supaya dapat digunakan oleh pelajar lain.