Perspektif pelajar sarjana muda kejuruteraan mekanikal KUiTTHO terhadap keberkesanan latihan industri

Program latihan industri adalah sebahagian daripada kurikulum kursus Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Program ini diwajibkan ke atas pelajar sebagai syarat untuk mendapatkan ijazah. Sejauh mana latihan industri yang telah diikuti oleh pelajar-pelajar te...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
Main Authors: Othman, Khairiani, Abd. Mutalib, Haflzah, Wan Ismail, Nik Ahmad Rizal
格式: Thesis
语言:English
English
English
出版: 2001
主题:
在线阅读:http://eprints.uthm.edu.my/2957/1/KHAIRIANI%20OTHMAN%20-%2024p.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2957/2/KHAIRIANI%20OTHMAN%20-%20declaration.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2957/3/KHAIRIANI%20OTHMAN%20-%20fulltext.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Program latihan industri adalah sebahagian daripada kurikulum kursus Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Program ini diwajibkan ke atas pelajar sebagai syarat untuk mendapatkan ijazah. Sejauh mana latihan industri yang telah diikuti oleh pelajar-pelajar tersebut mencapai matlamatnya belum dapat dipastikan Justeru kajian ini dijalankan untuk meninjau perspektif pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) terhadap keberkesanan latihan industri yang telah mereka ikuti selama 10 minggu. Kajian ini telah melibatkan seramai 50 orang pelajar Saijana Muda Kejuruteraan Mekanikal semester 4 sesi 2000 / 2001 Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Pelajar-pelajar tersebut terdiri daripda pelajar yang mengambil bidang pengkhususan Mekanikal Bahan, Jentera, Loji, Tekstil, Pembungkusan dan Pembuatan. Satu soal selidik telah dijalankan ke atas responden kajian. Soal selidik tersebut terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu maklumat am responden, ujian terhadap pendedahan kepada amalan kejuruteraan dan keija sebenar dan ujian terhadap keyakinan dan etika pelajar. Alat pengukuran yang digunakan ialah Skala Likert. Data-data kajian adalah berbentuk deskriptif dan telah dianalisis menggunakan perisian SPSS. Dapatan kajian mendapati bahawa pada perspektif pelajar semester 4 kursus Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal sesi 2000 / 2001, latihan industri yang telah mereka ikuti selama 10 minggu itu telah mencapai matlamatnya. Walaubagaimanapun, beberapa aspek dalam latihan industri masih boleh diperbaiki demi untuk memantapkan lagi program yang telah dijalankan.