Kesediaan pelajar diploma kejuruteraan awam di politeknik sebelum menjalani latihan industri.

Dalam menuju ke arah sebuah negara perindustrian, Malaysia memerlukan ramai pakar yang mahir dalam bidang Sains dan Teknologi. Maka dalam hal ini, sistem pendidikan kita amat menekankan pendidikan yang berteraskan teknik dan vokasional. Untuk mendedahkan pelajar berkaitan dengan aspek ini maka latih...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Khalil, Noor Azalina
التنسيق: أطروحة
اللغة:English
English
English
منشور في: 2002
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:http://eprints.uthm.edu.my/2974/1/NOOR%20AZALINA%20KHALIL%20-%2024p.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2974/2/NOOR%20AZALINA%20KHALIL%20-%20declaration.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2974/3/NOOR%20AZALINA%20KHALIL%20-%20fulltext.pdf
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Dalam menuju ke arah sebuah negara perindustrian, Malaysia memerlukan ramai pakar yang mahir dalam bidang Sains dan Teknologi. Maka dalam hal ini, sistem pendidikan kita amat menekankan pendidikan yang berteraskan teknik dan vokasional. Untuk mendedahkan pelajar berkaitan dengan aspek ini maka latihan industri diadakan bagi memberi peluang kepada pelajar mempraktikkan ilmu yang dipelajari sebelum ke alam pekeijaan. Sebelum menjalani latihan industri pelajar-pelajar akan dibekalkan dengan pelbagai ilmu dari segi teori dan amali. Namun yang menjadi persoalannya adakah pelajar-pelajar ini telah bersedia untuk menjalani latihan industri. Jadi kajian ini dijalankan untuk meninjau kesediaan pelajar sebelum menjalani latihan industri dari segi teori dan amali (pengurusan projek). Responden yang terlibat dalam kajian ini ialah pelajar semester 3 yang mengikuti kursus diploma kejuruteraan awam di Politeknik Kota Bharu, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Politeknik Ungku Omar. Instrument yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik dan data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan program SPSS for windows versi 10. Hasil yang diperolehi dari kajian ini mendapati pelajar kurang bersedia untuk menjalani latihan industri kerana kurang mendapat pendedahan dari segi teori dan amali berkaitan pengurusan projek pembinaan dan maklumat berkaitan dengan firma yang terlibat dalam latihan industri. Adalah diharapkan hasil kajian ini dapat memberi maklumat kepada pihak politeknik untuk mencari altematif terbaik dalam memantapkan lagi objektif perlaksanaan latihan industri.