Pembangunan bahan pembelajaran berbentuk CD-ROM interaktif bagi subjek Kartografi di politeknik

Pada masa kini negara yang menguasai teknologi maklumat akan menjadi sebuah negara yang maju. Bagi merealisasikan perkembangan ini negara kita juga tidak mahu ketinggalan untuk menguasai era teknologi maklumat terutamanya dalam bidang pendidikan. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk membangunkan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hussin, Husnira
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/2985/1/HUSNIRA%20BT%20HUSSIN%20-%20declaration.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2985/2/HUSNIRA%20BT%20HUSSIN%20-%2024p.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2985/3/HUSNIRA%20BT%20HUSSIN%20-%20fulltext.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pada masa kini negara yang menguasai teknologi maklumat akan menjadi sebuah negara yang maju. Bagi merealisasikan perkembangan ini negara kita juga tidak mahu ketinggalan untuk menguasai era teknologi maklumat terutamanya dalam bidang pendidikan. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk membangunkan sebuah CD Interaktif bagi subjek Kartografi di Politeknik. Cd Interaktif yang diberi nama sebagai e-Carto ini kemudiannya diuji dari tiga aspek utama iaitu isi kandungan, antaramuka dan strategi P & P yang digunakan. Responden kajian ini terdiri daripada pelajar semester tiga Diploma Ukur tanah (3 DUT) di Politeknik Sultan Ahmad Shah. Manakala, instrumen yang digunakan untuk penilaian ialah melalui kaedah soal selidik yang diedarkan kepada responden. Data yang diperolehi ini akan dianalisis dengan menggunakan Perisian SPSS dengan menggunakan kaedah Statistik Deskriptif untuk mendapatkan skor min. Dapatan Kajian menunjukkan bahawa pelajar telah menunjukkan maklumbalas yang positif terhadap e-Carto iaitu dari segi isi kandungan (M= 3.48), antaramuka (M = 3.41) dan strategi P & P ( M = 3.50). Secara keseluruhannya ia menujukkan bahawa penilaian ketiga-tiga aspek ini berada pada tahap tinggi. Oleh itu e-Carto sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran berbantukan komputer bagi subjek Kartografi di Politeknik.