Pengaruh kualiti CD mata pelajaran lukisan terbantu komputer dengan menggunakan perakam skrin camtasia studio terhadap motivasi, kefahaman dan pencapaian pelajar

Multimedia interaktif telah memperolehi perhatian yang tinggi dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Media interaktif seperti CD yang berkualiti dapat membuka peluang untuk pembelajaran pelajar yang aktif dan membantu pelajar dalam memahami sesuatu konsep yang sukar dilakukan melalui kaedah peng...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Tan, Wei Sin
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2007
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/3093/1/TAN%20WEI%20SIN%20-%20declaration.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/3093/2/TAN%20WEI%20SIN%20-%2024p.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/3093/3/TAN%20WEI%20SIN%20-%20fulltext.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Multimedia interaktif telah memperolehi perhatian yang tinggi dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Media interaktif seperti CD yang berkualiti dapat membuka peluang untuk pembelajaran pelajar yang aktif dan membantu pelajar dalam memahami sesuatu konsep yang sukar dilakukan melalui kaedah pengajaran tradisional. Kajian eksperimental ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh penggunaan dan kualiti CD matapelajaran LukisanTerbantu Komputer yang dihasilkan menggunakan perakam skrin Camtasia Studio, terhadap motivasi, kefahaman dan pencapaian pelajar di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS). Data telah dikumpul daripada 42 orang responden dan instrumen kajian meliputi CD, ujian pra-pos, borang soal selidik dan soalan temubual. Semua data dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan SPSS Versi 13. Ujian -/ bebas digunakan untuk menguji samaada terdapat perbezaan statistic yang signifikan dalam min pencapaian diantara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Manakala, ujian korelasi pula digunakan untuk mengkaji hubungan diantara kualiti video dengan motivasi dan kefahaman pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kualiti CD video yang dibangunkan mencapai skormin yang tinggi iaitu 4.22. Manakala peningkatan motivasi dan kefahaman pelajar setelah menggunakan CD rakaman skrin video, juga mendapat skormin yang tinggi iaitu 4.23 dan 4.18 masing-masing. Kajian juga menunjukkan pencapaian pelajar kumpulan eksperimen meningkat sebanyak 5.2% berbanding pelajar kumpulan kawalan. Ujian korelasi menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan bagi motivasi dan kefahaman pelajar terhadap kualiti video CD dengan masing masing mencatat 89% dan 85%. Namun, masih lagi terdapat rangka untuk mempertingkatkan kualiti CD video ini bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran serta pengkomersialan untuk kegunaan umum .