Sistem pendaftaran program latihan mengajar online : ORTep system

Sistem ORTeP adalah singkatan dari Online Registration for Teaching Practician System atau Sistem Pendaftaran Program Latihan Mengajar (LM). Ia adalah suatu sistem yang membolehkan pelajar membuat pendaftaran LM secara online. Sistem ORTeP ini dibina berasaskan kajian ke atas pelajar Sarjana Pen...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jaffar, Ruzaihan
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/3288/1/RUZAIHAN%20BIN%20HJ.%20JAFFAR%20-%20declaration.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/3288/2/RUZAIHAN%20BIN%20HJ.%20JAFFAR%20-%2024p.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/3288/3/RUZAIHAN%20BIN%20HJ.%20JAFFAR%20-%20fulltext.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sistem ORTeP adalah singkatan dari Online Registration for Teaching Practician System atau Sistem Pendaftaran Program Latihan Mengajar (LM). Ia adalah suatu sistem yang membolehkan pelajar membuat pendaftaran LM secara online. Sistem ORTeP ini dibina berasaskan kajian ke atas pelajar Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO). Rekod LM terkini akan dikemaskinikan oleh pentadbir sistem yang terdiri daripada Penyelaras LM. Satu kajian untuk menilai Sistem ORTeP telah dijalankan. Enam puluh orang pelajar Saijana PTV telah dipilih sebagai responden. Responden telah menggunakan Sistem ORTeP, dan memberi maklum balas melalui borang soal selidik. Hasil kajian mendapati, responden setuju jika Sistem ORTeP dapat dilaksanakan pada kadar segera kerana ia memudahkan pengumpulan dan pencapaian data di samping menjimatkan masa dan lebih efisien. Beberapa cadangan telah dikemukakan oleh responden untuk memperbaiki Sistem ORTeP. Sistem ORTeP yang telah dibaiki telah pun sedia diguna. Bagi memudahkan pengguna, manual penggunaan Sistem ORTeP telah disediakan. Sebagai kesimpulan, penggunaan Sistem ORTeP ini dapat melicinkan pentadbiran dan pendaftaran Program LM di samping menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.