Kesan pembelajaran berasaskan masalah terhadap penguasaan kemahiran generik dan pencapaian akademik pelajar di Politeknik Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan pembelajaran berasaskan masalah (PBM) terhadap penguasaan kemahiran generik (dari aspek kemahiran berfikir kreatif, kemahiran kerjasama kumpulan, kemahiran komunikasi lisan dan kemahiran membuat keputusan) dan pencapaian akademik pelajar di Polit...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Awang, Halizah
格式: Thesis
語言:English
出版: 2010
主題:
在線閱讀:http://eprints.uthm.edu.my/3657/1/24p%20HALIZAH%20AWANG.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan pembelajaran berasaskan masalah (PBM) terhadap penguasaan kemahiran generik (dari aspek kemahiran berfikir kreatif, kemahiran kerjasama kumpulan, kemahiran komunikasi lisan dan kemahiran membuat keputusan) dan pencapaian akademik pelajar di Politeknik Malaysia. Kajian kuasi-eksperimen dijalankan ke atas 120 orang pelajar Diploma Kejuruteraan Awam yang mengikuti mata pelajaran Mekanik Struktur 2. Kumpulan pelajar melibatkan kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dan kajian ini meliputi sepuluh minggu pengajaran dan pembelajaran dalam Fasa 1 dan Fasa 2 dan lapan minggu dalam Fasa 3 sepanjang program Latihan Industri. Praujian dan pascaujian dilaksanakan dan dapatan kajian dianalisis menggunakan ANCOVA, korelasi Pearson, regresi dan analisis PTTA PERPUSTAKAAN TUN KU TUN AM IN AH frekuensi. Data penguasaan kemahiran generik dan pencapaian akademik pelajar dianalisis menggunakan ANCOVA. Skor kemahiran generik dikorelasikan dengan pencapaian mata pelajaran Mekanik Struktur 2 manakala skor penerimaan pelajar terhadap PBM diiorelasikan dengan aplikasi kemahiran generik dalam perlaksanaan Program Latihan Industri. Analisis regresi digunakan untuk mengukur pengaruh kemahiran generik terhadap pencapaian akademik pelajar dalam Mekanik Struktur 2. Analisis frekuensi digunakan untuk mengukur peratus penerimaan pelajar terhadap PBM. Hasil kajian menunjukkan kesan aplikasi PBM terhadap penguasaan kemahii generik dan pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Mekanik Struktur 2 adalah signifikan