Ketekunan, kreativiti dan inovasidi kalangan pelajar UTHM

Kajian ini di jalankan untuk mengkaji ketekunan, kreativiti dan inovasi di kalangan pelajar UTHM. Rekabentuk kajian yang dipilih ialah statistik deskriptif dimana, data yang diperolehi akan dianalisis oleh perisian SPSS untuk mendapatkan nilai dan keputusan yang tepat. Ujian korelasi di jalankan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Affandi, Haryanti
Format: Thesis
Language:English
Published: 2009
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/3785/1/24p%20HARYANTI%20MOHD%20AFFANDI.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini di jalankan untuk mengkaji ketekunan, kreativiti dan inovasi di kalangan pelajar UTHM. Rekabentuk kajian yang dipilih ialah statistik deskriptif dimana, data yang diperolehi akan dianalisis oleh perisian SPSS untuk mendapatkan nilai dan keputusan yang tepat. Ujian korelasi di jalankan untuk mengetahui hubungan antara pencapaian prestasi pelajar dengan tahap tabiat minda (ketekunan, kreativiti dan inovasi) mereka dan hubungan antara lokasi tempat tinggal dengan tahap tabiat minda (ketekunan, kreativiti dan inovasi) mereka. Ujian t di lakukan untuk mengenalpasti perbezaan antara tahap tabiat minda (ketekunan, kreativiti dan inovasi) merentas tahun pengajian. Pemilihan sampel dilakukan menggunakan kaedah rawak mudah di mana jumlah keseluruhan sampel bagi tahun satu dan tiga ialah 134 orang dari jumlah populasi seramai 305 orang. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik menggunakan skala likert sebanyak 34 soalan. Berdasarkan nilai Cronbach Alpha yang diperolehi semasa ujian rintis di jalankan ( 0.909 ), menunjukkan soal selidik tersebut boleh digunakan untuk keija di lapangan. Berdasarkan analisis data yang diperolehi, tahap tabiat minda (ketekunan, kreativiti dan inovasi) responden adalah berada di tahap sederhana. Manakala, tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tabiat minda (ketekunan, kreativiti dan inovasi) dengan pencapaian prestasi pelajar dan lokasi tempat tinggal. Seterusnya, ujian t di jalankan dan di dapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap tabiat minda (ketekunan, kreativiti dan inovasi) merentas tahun pengajian. Berdasarkan kajian yang di jalankan di dapati bahawa, responden kurang menamalkan tabiat minda (ketekunan, kreativiti dan inovasi) mereka dalam pembelajaran dan pengajaran manakala, pihak universiti kurang mendedahkan mereka dengan amalan tabiat minda (ketekunan, kreativiti dan inovasi).