Penghantaran imej mampat dan selamat secara tanpa wayar untuk sistem pengawasan hidupan liar

Hidupan liar ialah anugerah Tuhan yang tidak ternilai, bahkan memainkan peranan penting dalam mengimbangi ekosistem bumi. Hari ini, pelbagai spesies hidupan liar diancam kepupusan. Dalam perkembangan teknologi sistem pengawasan hidupan liar, imej merupakan data input penting yang membolehkan keadaan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Nadzri, Muhammad Muzakkir
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/431/1/24p%20MUHAMMAD%20MUZAKKIR%20MOHD%20NADZRI.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/431/2/MUHAMMAD%20MUZAKKIR%20MOHD%20NADZRI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/431/3/MUHAMMAD%20MUZAKKIR%20MOHD%20NADZRI%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Hidupan liar ialah anugerah Tuhan yang tidak ternilai, bahkan memainkan peranan penting dalam mengimbangi ekosistem bumi. Hari ini, pelbagai spesies hidupan liar diancam kepupusan. Dalam perkembangan teknologi sistem pengawasan hidupan liar, imej merupakan data input penting yang membolehkan keadaan sebenar di lapangan dapat dilihat dan dianalisa. Projek ini mencadangkan sistem penghantaran imej mampat dan selamat secara tanpa wayar untuk penambahbaikan sistem semasa. Pemampatan imej adalah bertujuan untuk memastikan sistem yang dicadangkan adalah efisyen dari aspek pemprosesan, penghantaran dan penyimpanan. Penyulitan data imej pula bertujuan menjamin keselamatan data imej yang dihantar daripada dicerobohi oleh pemburu haram atau pihak yang tidak berkepentingan. Akhirnya sistem ini akan menghantar imej mampat dan selamat secara tanpa wayar untuk memberikan data secara masa nyata kepada pihak berkuasa. Di dalam kajian ini, perisian LabVIEW 2017, perkakasan NI myRIO (penghantar imej) dan komputer (penerima imej) digunakan untuk pembangunan reka bentuk seni bina sistem pemampatan dengan kaedah jelmaan kosinus diskret (DCT), sistem penyulitan dengan kaedah piawaian penyulitan lanjutan (AES) dan penghantaran secara tanpa wayar menggunakan Wi-Fi. Pelaksanaan DCT menggunakan pelantar tatasusunan get boleh aturcara medan (FPGA), membolehkan imej dimampatkan sebanyak 44% dan menjimatkan masa pelaksanaan dalam proses penghantaran. Kualiti imej yang dihasilkan pula merekodkan nilai PSNR yang baik antara 27dB hingga 40dB. Penggunaan AES menjamin keselamatan data dan imej hanya boleh dilihat jika menggunakan kata laluan yang betul. Akhirnya, prototaip pantas penghantaran imej mampat dan selamat secara tanpa wayar untuk sistem pengawasan hidupan liar merangkumi penderia gerakan dan kamera dibangunkan dengan keupayaan mengesan gerakan, menangkap imej dan menghantar tiga (3) resolusi imej berbeza dengan jarak sehingga 60m.