Mekanisme pengurusan hutang dalam pembahagian harta pusaka orang-orang Islam di Malaysia

Pengurusan hutang merupakan tanggungjawab setiap individu untuk melangsaikannya. Namun masyarakat Islam di Malaysia kini memandang ringan mengenai tanggungjawab pengurusan hutang dalam menguruskan harta pusaka sehingga mengakibatkan timbulnya isu harta beku yang semakin meningkat peratusannya setiap...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hussin, Azmee
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/469/1/24p%20AZMEE%20HUSSIN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/469/2/AZMEE%20HUSIN%20WATERMARK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/469/3/AZMEE%20HUSSIN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengurusan hutang merupakan tanggungjawab setiap individu untuk melangsaikannya. Namun masyarakat Islam di Malaysia kini memandang ringan mengenai tanggungjawab pengurusan hutang dalam menguruskan harta pusaka sehingga mengakibatkan timbulnya isu harta beku yang semakin meningkat peratusannya setiap tahun. Pengabaian menguruskan penyelesaian hutang dalam harta pusaka boleh berlaku disebabkan beberapa faktor antaranya, kedudukan dan status hutang si mati yang tidak jelas dan faktor daripada sikap tidak prihatin di kalangan ahli waris atau pentadbir yang dilantik menguruskan harta si mati. Salah satu faktor fenomena ini berlaku disebabkan ketidakfahaman pentadbir atau ahli waris terhadap prosedur di agensi pengurusan harta pusaka termasuk hal mekanisme untuk menyelesaikan hutang peninggalan si mati. Justeru itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti prosedur pengurusan hutang si mati dalam pembahagian harta pusaka. Oleh itu, pengumpulan data dengan penggunaan kaedah kualitatif melalui kaedah temu bual dan analisis dokumen daripada fail kes digunakan di dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati agensi pengurusan harta mempunyai bidang kuasa tertentu dalam menguruskan hutang peninggalan si mati bergantung kepada jenis dan kedudukan status harta dan hutang. Selain itu, didapati pengurusan hutang peninggalan si mati didapati lebih kompeten dikendalikan oleh Unit Pembahagian Pusaka Kecil (UPPK) manakala Amanah Raya Berhad pula lebih memainkan peranan sebagai Pentadbir harta pusaka si mati manakala Mahkamah Syariah pula lebih kompeten dalam urusan pengesahan ahli waris melalui perintah serta penentuan kadar bahagian ahli waris masing-masing termasuk Baitulmal. Beberapa cadangan turut dikemukakan di dalam kajian ini bagi meningkatkan pengetahuan umat Islam terhadap permasalahan hutang dalam harta pusaka dan meningkatkan perkhidmatan agensi-agensi yang berkenaan di Malaysia.