Tahap kepuasan guru terhadap perlaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu transformasi sistem pendidikan di Malaysia yang berhasrat untuk melahirkan modal insan yang holistik serta seimbanag dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji ta...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Chong, Siaw Chee
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/484/1/24p%20CHONG%20SIAW%20CHEE.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/484/2/CHONG%20SIAW%20CHEE%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/484/3/CHONG%20SIAW%20CHEE%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu transformasi sistem pendidikan di Malaysia yang berhasrat untuk melahirkan modal insan yang holistik serta seimbanag dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap kepuasan guru terhadap pelaksanaan PBS bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) di sekolah menengah harian biasa di Sarawak. Kajian ini dijalankan berdasarkan reka bentuk tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Seramai 242 orang guru yang mengajar KHB di sekolah menengah harian biasa dari lima bahagian terpilih di negeri Sarawak dipilih sebagai sampel bagi kajian ini. Data kajian dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan tahap kepuasan guru terhadap pelaksanaan PBS berada pada tahap sederhana (M=3.12; SD=0.96). Selain itu, hasil analisis ANOVA sehala dan ujian-t menunjukkan bahawa faktor demografi seperti pengalaman mengajar (F (5, 236) = 0.77; p>0.05), opsyen (t (240) = 0.81; p>0.05) dan umur guru (F (3, 238) = 1.14; p>0.05) tidak mempengaruhi kepuasan guru terhadap pelaksanaan PBS. Tambahan pula, hasil daripada Pemodelan Persamaan Berstruktur (Structural Equation Modeling – SEM) menunjukkan bahawa model yang mewakili faktor-faktor yang menggambarkan aspek keberkesanan kursus yang dihadiri oleh guru, tahap penguasaan hasil pembelajaran pelajar, beban kerja guru serta pemantauan yang dijalankan oleh pihak pentadbir sekolah merupakan model yang sesuai dan sah. Kesimpulannya, hasil dapatan kajian ini dapat dijadikan panduan bagi pihak yang berkaitan dalam usaha mengoptimumkan tahap kepuasan guru dalam pelaksanaan PBS.