Kesan penggunaan portal pembelajaran pelajar dalam subjek reka bentuk dan teknologi

Subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) diperkenalkan di tahap Sekolah Rendah memandangkan kemahiran bidang teknik dan vokasional semakin dititikberatkan pada zaman ini. Namun, penggunaan kaedah pengajaran konvensional dan isu kekurangan alat bahan bantu mengajar telah mencetuskan pencapaian pelajar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ea Suk, Yong
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/486/1/24p%20EA%20SUK%20YONG.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/486/2/EA%20SUK%20YONG%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/486/3/EA%20SUK%20YONG%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) diperkenalkan di tahap Sekolah Rendah memandangkan kemahiran bidang teknik dan vokasional semakin dititikberatkan pada zaman ini. Namun, penggunaan kaedah pengajaran konvensional dan isu kekurangan alat bahan bantu mengajar telah mencetuskan pencapaian pelajar yang rendah dalam subjek RBT. Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti kesan penggunaan portal pembelajaran RBT terhadap pencapaian pelajar berbanding kaedah pengajaran konvensional. Sebuah portal pembelajaran RBT telah dibangunkan dan dijadikan sebagai pemboleh ubah tidak bersandar dalam kajian ini. Seramai 32 orang pelajar Tahun 4 dari sebuah Sekolah Kebangsaan dipilih sebagai responden melalui kaedah persampelan bertujuan. Kajian ini berbentuk kuasi-eksperimental di mana ujian pra dan pasca digunakan sebagai instrumen dalam mengenal pasti pencapaian pelajar sebelum dan selepas menggunakan kaedah pembelajaran yang berbeza. Selain itu, soal selidik dan senarai semak pemerhatian digunakan bagi meninjau persepsi pelajar mengenai kebergunaan portal pembelajaran RBT. Data dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Hasil analisis ujian t bebas menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian ujian pra di antara kumpulan rawatan (M=23.8, SD=12.6) dan kumpulan kawalan (M=25.0, SD=14.1); t (30) = 0.64, p = 0.79, manakala hasil ujian Mann Whitney U menunjukkan pencapaian ujian pasca kumpulan rawatan adalah lebih tinggi daripada kumpulan kawalan selepas menggunakan portal pembelajaran RBT (U = 7.500, p = .000). Tahap kebergunaan portal pembelajaran adalah sangat tinggi berdasarkan skor peratusan yang diperolehi daripada soal selidik (88.15%) dan senarai semak (84%). Dapatan kajian membuktikan portal pembelajaran RBT mempunyai tahap kebergunaan yang sangat tinggi dan penggunaannya dapat meningkatkan pencapaian pelajar secara signifikan.