Model konsep pembelajaran e-talaqqi bagi pengajian ilmu-ilmu Islam

Pengorekan merupakan satu proses penyingkiran dan mengangkut sedimen tanah laut dari satu tempat ke tempat lain untuk mendalamkan laluan kapal laut di kawasan pelabuhan. Pengorekan sedimen tersebut dikenali sebagai kerukan tanah laut (DMS). DMS dikenali sebagai geo-sisa kerana memiliki pelbagai k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hamzah, Nurhafiza
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/4938/1/24p%20NURHAFIZA%20HAMZAH.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/4938/2/NURHAFIZA%20HAMZAH%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/4938/3/NURHAFIZA%20HAMZAH%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengorekan merupakan satu proses penyingkiran dan mengangkut sedimen tanah laut dari satu tempat ke tempat lain untuk mendalamkan laluan kapal laut di kawasan pelabuhan. Pengorekan sedimen tersebut dikenali sebagai kerukan tanah laut (DMS). DMS dikenali sebagai geo-sisa kerana memiliki pelbagai kelemahan dalam sifat kejuruteraan seperti lemah kekuatan, tinggi kemampatan dan kebolehtelapan yang rendah. Di Malaysia, DMS biasanya dilupuskan dan tidak dikitar semula. Penyelidikan ini fokus kepada mempercepatkan kadar pengukuhan tanah dengan mengawal saliran supaya berpotensi untuk diguna semula di kawasan penambakan tanah. Bahan sisa industri yang berbutir diadaptasikan sebagai media saliran seperti bahan sisa turapan jalan (RPM) dan klinker minyak sawit (POC). Bahan pasir digunakan sebagai bahan kawalan dalam penyelidikan ini. Ujian oedometer standard dan modifikasi besar dilaksanakan untuk menyiasat keberkesanan bahan bebutir sebagai saliran dalam tingkatkan kadar pengukuhan DMS. Sampel DMS mempunyai kandungan air yang tinggi iaitu 218% dan diklasifikasikan sebagai tanah liat keplastikan tinggi. Komposisi kimia menunjukkan natrium oksida, silika oksida dan aluminium oksida yang agak tinggi, sementara POC dan RPM silika oksida. Sampel yang tebal sebanyak 50% dan 100% bahan bebutir diuji dalam uijian oedometer dengan konfigurasi saliran yang berbeza (satu lapisan, dua lapisan dan radial). Pada pengukuhan akhir, ia memberi satu menunjukkan kadar pengukuhan terhadap ketebalan lapisan yang ke 100% pada semua bahan bebutir telah singkatkan masa pengukuhan bervariasi sebanyak 9% hingga 29% berbanding lapisan saliran berketebalan 50%. Dengan kehadiran bahan bebutir sebagi lapisan saliran untuk DMS, sekaligus mempermudahkan proses laluan air liang dengan lebih cepat dan nilai pekali pengukuhan (Cv) yang tinggi dengan 1.3 – 5.7 m 2 /tahun. Ketara apabila ketebalan lapisan saliran mempengaruhi jumpal kebolehmampatan (mv) dan Cv. Hasil kajian menunjukkan bahawa lapisan saliran bebutir mempercepatkan proses pengukuhan DMS dan boleh digunapakai projek pembinaan pada masa hadapan seperti penambakan tanah.