Sikap keusahawanan dalam kalangan pelajar teknologi mekanikal kolej vokasional di Lembah Klang

Masih ramai pelajar tahun akhir di Institut Pengajian Tinggi yang belum membuat persiapan untuk menceburi bidang keusahawanan walaupun bilangan graduan yang masih menganggur ramai di alam pekerjaan. Masalah pengangguran pada masa kini boleh diatasi dengan menjadikan bidang keusahawanan sebagai satu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zainol Ashaari, Muhamad Hafiz
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/498/1/24p%20MUHAMAD%20HAFIZ%20ZAINOL%20ASHAARI.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/498/2/MUHAMAD%20HAFIZ%20ZAINOL%20ASHAARI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/498/3/MUHAMAD%20HAFIZ%20ZAINOL%20ASHAARI%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Masih ramai pelajar tahun akhir di Institut Pengajian Tinggi yang belum membuat persiapan untuk menceburi bidang keusahawanan walaupun bilangan graduan yang masih menganggur ramai di alam pekerjaan. Masalah pengangguran pada masa kini boleh diatasi dengan menjadikan bidang keusahawanan sebagai satu kerjaya pilihan yang memberikan peluang yang cerah bagi menjana pendapatan. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sikap keusahawanan pelajar Teknologi Mekanikal kolej vokasional menceburi bidang keusahawanan. Sampel kajian terdiri daripada 274 orang pelajar semester 4 diploma di enam buah kolej vokasional iaitu KV Sungai Buloh, KV Klang, KV Shah Alam, KV Setapak, KV Sultan Abdul Samad Banting dan KV Kajang. Kajian ini adalah berbentuk penyelidikan tinjauan yang menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi iaitu peratus dan frekuensi, ujian Mann Whitney U dan ujian Kruskall Wallis dan Korelasi Spearman rho. Dapatan kajian bagi objektif pertama menunjukkan sikap suka membantu merupakan sikap keusahawanan yang paling mempengaruhi kecenderungan menceburi bidang keusahawanan. Dapatan kajian bagi objektif kedua mendapati tidak wujud perbezaan di antara jantina pelajar lelaki dan.pelajar perempuan. Bagi objektif kajian yang ketiga, dapatan kajian menunjukkan wujud perbezaan di antara program-program di bawah Jabatan Teknologi Mekanikal. Dapatan kajian bagi objektif keempat menunjukkan tidak wujud perbezaan di antara kolej-kolej vokasional di Lembah Klang. Bagi analisis korelasi iaitu objektif yang kelima dalam kajian ini terdapat hubungan yang kuat dan positif di antara sikap keusahawanan dengan kecenderungan menceburi bidang keusahawanan. Kata kunci : Sikap, Keusahawanan, Kecenderungan Menceburi Bidang Keusahawanan