Keberkesanan penggunaan kit pengajaran sistem bekalan air domestik (SisBAD) bagi subjek kerja paip domestik di sekolah harian bagi negeri Johor

Dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan, media pengajaran memainkan peranan yang penting bagi mencapai matlamat pendidikan. Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk, membangunkan dan seterusnya menguji keberkesanan Kit Pengajaran SisBAD sebagai Alat Bahan Bantu Mengajar bagi mata pelajaran Kerja...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Mat Saat, Shaipul Nahar
格式: Thesis
語言:English
English
English
出版: 2018
主題:
在線閱讀:http://eprints.uthm.edu.my/513/1/24p%20SHAIPUL%20NAHAR%20MAT%20SAAT.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/513/2/SHAIPUL%20NAHAR%20MAT%20SAAT%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/513/3/SHAIPUL%20NAHAR%20MAT%20SAAT%20WATERMARK.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan, media pengajaran memainkan peranan yang penting bagi mencapai matlamat pendidikan. Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk, membangunkan dan seterusnya menguji keberkesanan Kit Pengajaran SisBAD sebagai Alat Bahan Bantu Mengajar bagi mata pelajaran Kerja Paip Domestik. Dua buah sekolah dipilih secara persampelan bertujuan sebagai sampel kajian iaitu 25 orang pelajar MPV Tingkatan 4, SMK Bandar T6, Kluang dan 25 orang pelajar MPV Tingkatan 4, SMK Taman Daya, Johor Bahru. Reka bentuk kajian ialah kuasi experimen yang melibatkan kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan menggunakan Kit Pengajaran SisBAD yang dibangunkan manakala kumpulan kawalan menggunakan kaedah konvensional. Instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik dan set ujian. Borang soal selidik terdiri daripada 3 konstruk di mana analisis dapatan kuantitatif dilakukan secara deskriptif manakala analisis dapatan inferensi iaitu ujian-t berpasangan dilakukan pada set ujian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan pencapaian yang signifikan antara kumpulan rawatan yang menggunakan Kit Pengajaran SisBAD dengan kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah konvensional. Secara kesimpulannya didapati bahawa penggunaan Kit Pengajaran SisBAD dalam pdpc dapat meningkatkan pencapaian pelajar bagi subjek Kerja Paip Domestik