Amalan dalam pengurusan pentadbiran tanah wakaf di negeri Johor

Mewakafkan harta adalah satu amal jariah yang sangat dituntut dalam Islam. Ia merupakan satu kaedah kebajikan selain daripada bersedekah. Pahala yang diterima akan berterusan diberikan oleh Allah S.W.T. kepada pewakaf selagi mana harta tersebut dimanfaatkan oleh umat manusia. Pengurusan tanah wakaf...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Abdul Khalim, Mustapahayuddin
格式: Thesis
語言:English
English
English
出版: 2018
主題:
在線閱讀:http://eprints.uthm.edu.my/549/1/24p%20MUSTAPAHAYUDDIN%20BIN%20ABDUL%20KHALIM.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/549/2/MUSTAPAHAYUDDIN%20BIN%20ABDUL%20KHALIM%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/549/3/MUSTAPAHAYUDDIN%20BIN%20ABDUL%20KHALIM%20WATERMARK.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Mewakafkan harta adalah satu amal jariah yang sangat dituntut dalam Islam. Ia merupakan satu kaedah kebajikan selain daripada bersedekah. Pahala yang diterima akan berterusan diberikan oleh Allah S.W.T. kepada pewakaf selagi mana harta tersebut dimanfaatkan oleh umat manusia. Pengurusan tanah wakaf adalah satu amanah yang perlu dilaksanakan bagi memastikan tanah wakaf tersebut dapat dimanfaatkan sebaiknya. Namun, wujud permasalahan berkenaan pengurusan dan pentadbiran tanah wakaf yang tidak cekap dan telus sehingga berlakunya pencerobohan di tanah wakaf yang tidak dibangunkan. Faktor-faktor penyebab yang dapat dikenalpasti adalah kekurangan dana dan kedudukan tanah wakaf yang tidak strategik. Hal ini menyebabkan tanah tersebut tidak dapat diuruskan sebaiknya untuk manfaat umat Islam. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji amalan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) dalam pengurusan pentadbiran tanah wakaf di negeri Johor. Seterusnya, kajian tentang isu-isu penyelesaian dalam pengurusan pembangunan tanah wakaf di Johor juga akan dilaksanakan serta mengenal pasti persepsi masyarakat terhadap Majlis Agama Islam Negeri Johor sebagai pemegang amanah dalam penambahbaikan pengurusan pentadbiran tanah wakaf. Dapatan kajian diperoleh melalui tebaran borang soal selidik ke atas pegawai wakaf dan ketua kampung di seluruh daerah negeri Johor. Hasil dapatan kajian dianalisis menggunakan aplikasi “Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) v.17”. Hasil analisis menunjukkan wujud keseragaman data dan tahap keupayaan mentadbir yang baik bagi memajukan tanah wakaf di negeri Johor. Seterusnya, cadangan pembentukan Pelan Induk Transformasi Pembangunan Tanah Wakaf Johor dihasilkan bagi menjamin tahap panduan yang baik untuk memajukan tanah-tanah wakaf berkenaan.