Pemilihan pembiayaan dalam kalangan perusahaan mikro di daerah Pasir Puteh Kelantan

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) terutama perusahaan mikro menghadapi kesukaran untuk mendapatkan dana luar bagi tujuan pembiayaan perniagaan walaupun sejumlah dana telah diperuntukkan oleh kerajaan sebagai bantuan. Dana yang disalurkan kurang mendapat perhatian daripada pengusaha kerana terdapa...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Adonia, Siti Azirah
格式: Thesis
語言:English
English
出版: 2018
主題:
在線閱讀:http://eprints.uthm.edu.my/552/1/24p%20SITI%20AZIRAH%20ADONIA.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/552/2/SITI%20AZIRAH%20ADONIA%20WATERMARK.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) terutama perusahaan mikro menghadapi kesukaran untuk mendapatkan dana luar bagi tujuan pembiayaan perniagaan walaupun sejumlah dana telah diperuntukkan oleh kerajaan sebagai bantuan. Dana yang disalurkan kurang mendapat perhatian daripada pengusaha kerana terdapat sesetengah pengusaha lebih cenderung untuk memilih pembiayaan secara dalaman. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor yang mempengaruhi kecenderungan mereka dalam pemilihan sumber dana. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti pemilihan bentuk pembiayaan dan faktor-faktor dalaman serta luaran yang mempunyai hubungan yang signifikan dengan pemilihan pembiayaan dalam perusahaan mikro di Malaysia. Bagi tujuan ini kaedah kuantitatif digunakan di mana data dikumpul melalui borang kaji selidik yang diedarkan kepada pengusaha perusahaan mikro dari pelbagai sektor di Pasir Puteh Kelantan. Dalam kajian ini, faktor dalaman iaitu ciri-ciri pengusaha serta perusahaan dan faktor luaran yang merangkumi lokasi pembiaya, tahap promosi daripada pembiaya dan prosedur dan dokumentasi pinjaman digunakan bagi mengenalpasti faktor yang mempengaruhi pemilihan pembiayaan. Borang soal selidik diedarkan kepada 310 orang responden dan data dianalisa menggunakan analisa SEM AMOS. Hasil kajian menunjukkan pembiayaan dalaman menjadi pilihan utama pengusaha mikro untuk membiayai operasi perusahaan. Selain itu, hasil kajian ini juga mendapati faktor dalaman iaitu pengetahuan pembiayaan luar, jumlah dana dalaman pengusaha, pelan pembangunan perusahaan dan kesanggupan untuk berhutang mempunyai hubungan yang signifikan dengan pemilihan pembiayaan. Bagi faktor luaran hasil kajian ini mendapati tahap promosi daripada pembiaya, lokasi pembiaya dan prosedur dan dokumentasi pinjaman berhubungan signifikan dengan pemilihan pembiayaan.